awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kebersihan bandar bukan tanggungjawab kerajaan sahaja - Nga
Filipina sedia corak masa depan pelancongan serantau menjelang Kepengerusian ASEAN 2026
Syria lancar mata wang baharu pada 1 Jan - Gabenor Bank Pusat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: PM Itali terima suntikan vaksin AstraZeneca

Astro Awani
Astro Awani
31/03/2021
00:19 MYT
COVID-19: PM Itali terima suntikan vaksin AstraZeneca
Mario Draghi dan isterinya berbual sambil menunggu untuk disuntik dengan vaksin AstraZeneca di pusat vaksinasi yang dibuka di stesen kereta api Termini, Rom, Itali, 30 Mac, 2021. REUTERS
PERDANA Menteri Itali Mario Draghi menerima suntikan vaksin COVID-19 keluaran AstraZeneca pada Selasa.
Kenyataan Pejabat Perdana Menteri menyebut, langkah itu adalah sebagai menunjukkan sokongan terhadap penggunaan vaksin berkenaan.
Jurucakap beliau berkata, pemimpin berusia 73 tahun itu dan isterinya, Maria Serenella Cappello, divaksin di stesen kereta api Termini di Rom.
Awal bulan ini, Itali menggantung penggunaan vaksin AstraZeneca keluaran Oxford selama beberapa hari kerana timbul kebimbangan vaksin berkenaan yang dikatakan menyebabkan berlakukan pembekuan darah.
Bagaimanapun ia dibenarkan selepas mendapat jaminan daripada Agensi Perubatan Eropah.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) turut menyatakan vaksin AstraZeneca selamat untuk digunakan.
Draghi yang baru dilantik sebagai Perdana Menteri bulan lalu, berjanji untuk meningkatkan vaksinasi di negara itu.
Itali menjadi antara negara Eropah pertama mengenakan sekatan penuh bagi menangani penularan gelombang ketika COVID-19.
Angka rasmi COVID-19 di negara itu merekodkan 108,000 kematian akibat COVID-19.
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri
#Itali
#WHO
#COVID-19
#Pertubuhan Kesihatan Sedunia
#AstraZeneca
#vaksin
#perubatan
#suntikan
#Mario Draghi
#Agensi Perubatan Eropah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan