awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan teliti pinda akta tertentu perketat hukuman kes curi kabel - Saifuddin Nasution
Kes kebakaran terbuka di Melaka melonjak lima kali ganda
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Presiden Afrika Selatan gesa negara G7 sumbang dana

Astro Awani
Astro Awani
14/06/2021
00:20 MYT
COVID-19: Presiden Afrika Selatan gesa negara G7 sumbang dana
Ramaphosa (kiri) gesa kumpulan G7 bantu biayai program WHO untuk tingkat ujian saringan, rawatan, dan vaksin COVID-19. -AP
LONDON: Presiden Afrika Selatan gesa kumpulan G7 untuk membantu membiayai program Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk meningkatkan ujian saringan, rawatan dan vaksin COVID-19.
Cyril Ramaphosa berkata negara G7 yang menyumbang separuh daripada output global perlu menyokong akses kepada peralatan COVID-19 bagi menutup jurang 16.8 bilion bagi tahun ini.
Beliau turut sama menyertai sidang kemuncak G7 di England pada Ahad.
Tambah Ramaphosa, terdapat keperluan mengatasi pembiayaan besar untuk ujian saringan, rawatan dan bekalan kritikan seperti oksigen.
Program ACT Accelerator WHO bertujuan mempercepatkan pengeluaran dalam memastikan akses adil kepada ujian saringan, rawatan dan vaksin COVID-19.
Kata Ramaphosa, sekiranya semua negara G7 memenuhi sasaran tersebut, inisiatif itu akan dua pertiga dibiayai dengan 90 peratus daripadanya oleh kesemua negara G20 jika negara-negara berkenaan memberikan sumbangan sewajarnya.
Ramaphosa turut mendesak anggota G7 menyokong pengecualian Hak Harta Intelek Berkaitan Perdagangan (TRIPS) untuk paten vaksin COVID-19 dan terlibat dengan rundingan untuk meningkatkan pengeluaran vaksin.
Jelasnya, sekiranya dunia mahu keluar daripada krisis tersebut, adalah penting untuk bekerjasama dan menggerakkan sumber-sumber ke negara-negara yang memerlukan.
Kira-kira 90 peratus negara Afrika akan tersasar program vaksinasi untuk memvaksinasi sekurang-kurangnya 10 peratus populasi mereka menjelang September susulan gelombang ketiga yang melanda benua itu.
Topic Berkaitan
#program vaksinasi
#ujian saringan
#vaksin
#Afrika Selatan
#Pertubuhan Kesihatan Sedunia
#COVID-19
#Cyril Ramaphosa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan