awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LHDN kenal pasti 14,858 pemastautin cukai Malaysia dengan baki kewangan luar negara lebih RM10bilion
Polis keluar 247 saman, sita 117 motosikal dalam operasi bersepadu
K-pop Demon Hunters cipta sejarah ketika Anugerah Grammy bermula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Seorang maut setiap dua minit di Iran

Astro Awani
Astro Awani
09/08/2021
23:49 MYT
COVID-19: Seorang maut setiap dua minit di Iran
Stesen televisyen Iran mendakwa kematian akibat COVID-19 berlaku setiap dua minit. -Gambar fail
TEHRAN: Situasi COVID-19 di Iran kini berada pada tahap kritikal.
Stesen televisyen kerajaan mendakwa kematian akibat COVID-19 berlaku setiap dua minit.
Ia turut mendedahkan 588 kematian baharu direkodkan.
Lapor media Iran, beberapa fasiliti hospital kini mencapai kapasiti penggunaan maksimum.
Tiada lagi katil untuk pesakit baharu.
Pihak berkuasa mengaitkan situasi ini dengan kegagalan rakyat mengamalkan penjarakan fizikal.
Rakyat pula mendakwa kadar vaksinasi perlahan menyebabkan situasi semakin buruk.
Ketika ini hanya 4 peratus daripada 83 juta penduduk telah divaksinasi sepenuhnya.
Kementerian Kesihatan Iran mendedahkan, jumlah kematian mencapai 94,603 kes manakala kes keseluruhan mencecah 4.19 juta dalam gelombang kelima akibat varian Delta.
Beberapa wilayah di Iran juga bertukar daripada tahap jingga kepada tahap merah.
Pada Januari, pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei melarang import vaksin buatan Amerika Syarikat (AS) dan Britain kerana mendakwa ia tidak boleh dipercayai dan boleh menyebarkan jangkitan.
Iran telah menyalahkan sekatan ekonomi oleh AS sebagai punca program vaksinasinya bergerak perlahan.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Iran
#kematian
#katil hospital
#vaksin
#COVAX
#Kementerian Kesihatan
#jumlah kematian
#Tehran
#tiada katil
#pesakit baharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan