awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LHDN kenal pasti 14,858 pemastautin cukai Malaysia dengan baki kewangan luar negara lebih RM10bilion
Polis keluar 247 saman, sita 117 motosikal dalam operasi bersepadu
K-pop Demon Hunters cipta sejarah ketika Anugerah Grammy bermula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Sepanyol lanjutkan perintah kawalan pergerakan 15 hari lagi

Astro Awani
Astro Awani
18/04/2020
21:58 MYT
COVID-19: Sepanyol lanjutkan perintah kawalan pergerakan 15 hari lagi
Pedro Sanchez mengumumkan perintah yang sepatutnya berakhir pada 26 April kini dilanjutkan hingga 9 Mei. -Gambar fail/AP
Sepanyol melanjutkan perintah kawalan pergerakan di negara itu kepada 15 hari lagi ekoran keadaan semasa pandemik COVID-19 yang belum reda.
Perdana Menteri Sepanyol Pedro Sanchez mengumumkan perintah yang sepatutnya berakhir pada 26 April kini dilanjutkan hingga 9 Mei.
Langkah itu menjadikan perintah darurat di Sepanyol berlangsung selama lapan minggu, lapor CNN.
"Hari ini, adalah mustahil untuk melonggarkan langkah kawalan ini dan masuk ke fasa kedua pelonggaran," kata Sanchez dalam satu sidang media.
Perintah kawalan pergerakan diperkenal di Sepanyol pada 14 Mac.
Langkah itu dilaksana bagi mengehadkan pergerakan orang ramai serta operasi perniagaan bukan keperluan utama di negara itu.
Sepanyol mencatatkan 191,726 kes positif jangkitan koronavirus itu dengan 20,043 kematian setakat ini.
Negara itu berada di tangga ke-2 kes paling banyak di dunia di belakang Amerika (AS) dengan 726,645.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#koronavirus
#Pedro Sanchez
#Perdana Menteri Sepanyol
#perintah kawalan pergerakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan