Singapura mengesahkan terdapat 60 kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lepas.
"Berdasarkan siasatan kami setakat ini, ada tiga kes dalam komuniti, satu daripadanya rakyat Singapura dan dua lagi pemegang pas kerja," kata Kementerian Kesihatan (MOH) republik itu dalam data ringkas yang dikeluarkan di sini hari ini.
Kementerian itu berkata 10 kes import diserahkan notis duduk di rumah (SHN) sebaik tiba di Singapura.
Kes terbaharu ini menjadikan jumlah kumulatif mereka dijangkiti di republik itu kepada 56,495.
Dalam data lengkap yang dikeluarkan lewat semalam, Singapura mengklasifikasikan 861 kes yang dilaporkan sebagai kes import, 2,219 kes komuniti dan 53,355 kes penghuni asrama.
Sejumlah 54,816 pesakit sudah pulih sepenuhnya daripada jangkitan dan didiscaj daripada hospital atau pusat penjagaan komuniti.
Sementara itu, 78 kes disahkan masih lagi di hospital tetapi tiada yang dimasukkan ke dalam unit rawatan rapi.
Sejumlah 1,514 pesakit yang bergejala ringan atau dari segi klinikal sihat tetapi masih positif dalam saringan COVID-19 telah diasingkan dan dijaga di pusat jagaan komuniti.
Setakat ini, 27 orang meninggal dunia kerana komplikasi COVID-19 di republik itu.
Tiada kluster baharu dikenal pasti semalam.
Dalam satu kenyataan berasingan hari ini, kementerian itu berkata mereka yang memasuki Singapura dan mempunyai sejarah perjalanan, termasuk transit di Korea Selatan dalam tempoh 14 hari lepas perlu melengkapkan arahan SHN selama 14 hari di pusat SHN yang ditetapkan dan bukannya di kediaman sendiri.
"Ia berkuat kuasa dari 29 Ogos 2020 pukul 0000," katanya.
Mereka juga perlu menjalani saringan COVID-19 sebelum berakhir arahan SHN mereka kerana ini merupakan peraturan semasa, katanya.
Menurut kementerian itu, terdapat laporan kluster perhimpunan di tempat ibadat merebak ke tempat kerja.
"Pihak berkuasa di Korea Selatan memberi amaran kemungkinan penularan wabak itu di seluruh negara. Di seluruh Korea Selatan, langkah penjarakan sosial yang lebih ketat dikenakan," katanya.
"-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 26 2020
Kes terbaharu ini menjadikan jumlah kumulatif mereka dijangkiti di republik itu kepada 56,495. - Gambar fail/REUTERS
Mesyuarat perundingan Enam Pihak Arab bincangkan perkembangan di Gaza
Mesyuarat perundingan Jawatankuasa Enam Pihak Arab itu membincangkan perkembangan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
Chegubard didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok - Peguam
Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan memfitnah dan menghasut.
Pulau Pinang, kerajaan pusat bekerjasama tarik pelaburan semikonduktor
Kerajaan Pulau Pinang akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan usaha menarik pelaburan dalam sektor semikonduktor, termasuk segmen reka bentuk litar bersepadu (IC) di negeri itu.
Rakyat Malaysia di Jordan jadi duta produk PMKS negara
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyarankan rakyat Malaysia yang menetap di Jordan supaya memainkan peranan sebagai “duta” untuk mempromosikan produk perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) SERTA koperasi negara.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tiba di Jakarta hari ini untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
SPRM mohon maklumat dari Jerman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memohon maklumat terkini daripada pihak berkuasa Jerman mengenai dana bon 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dipercayai digunakan untuk membeli kereta mewah di negara itu pada 26 Okt 2022.
SPRM siasat pemimpin kanan di utara tanah air
Seorang pemimpin kanan di utara tanah air disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki melantik beberapa syarikat yang mempunyai kepentingan dengannya membabitkan beberapa projek pembekalan melibatkan peruntukan kira-kira RM300,000.
Kembangkan kandungan tempatan melalui AI
Menurut Setiausaha Agung Organisasi Kerjasama Digital (DCO) Deemah Al Yahya, terdapat 2.7 peratus daripada penduduk dunia tidak berhubung malah tidak mempunyai sambungan asas internet. Beliau turut berkata infrastruktur pengkomputeran setiap negara perlu mempunyai kemampuan untuk mengembangkan kandungan tempatan khususnya yang melibatkan penggunaan AI.
AI tidak dapat ganti guru
Menteri Pendidikan Rwanda, Gaspard Twagirayezu berkata kepesatan teknologi AI dalam pendidikan tidak dapat menggantikan guru malah membantu guru dalam menyediakan bahan pengajaran yang bermanfaat kepada pelajar.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 28 April 2024.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.
Reformasi dasar, kukuhkan perlindungan, produktiviti pekerja tidak formal
Reformasi dasar perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan perlindungan dan produktiviti pekerja tidak formal di Malaysia.