awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penyerang masjid New Zealand mulakan usaha rayu sabitan kes
Peniaga didakwa subahat beri rasuah RM32,000 kepada pembantu pendaftaran JPN
Kes hasutan Muhyiddin dikembalikan ke Mahkamah Tinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Singapura catat enam kes, terendah sejak awal Mac

Bernama
Bernama
03/10/2020
10:15 MYT
COVID-19: Singapura catat enam kes, terendah sejak awal Mac
Perkembangan terkini itu menjadikan jumlah jangkitan di republik itu kepada 57,800 kes. - Gambar fail/REUTERS
SINGAPURA:Singapura merekodkan enam kes positif COVID-19 hari ini, iaitu yang paling rendah sejak awal Mac lepas.
Menurut data ringkas yang dikeluarkan hari ini, Kementerian Kesihatan republik itu memaklumkan kes-kes baharu itu termasuk satu kes dalam komuniti dan empat kes import.
Kementerian itu masih meneliti perincian kes berkenaan dan maklumat lanjut akan dikeluarkan malam ini.
Perkembangan terkini itu menjadikan jumlah jangkitan di republik itu kepada 57,800 kes.
Sehingga semalam, kementerian itu mengklasifikasikan 1,085 daripada kes yang dilaporkan sebagai kes import, 2,253 kes dalam komuniti dan 54,456 melibatkan penghuni asrama.
Kementerian itu memberitahu 57,534 kes telah sembuh sepenuhnya dan 48 kes yang disahkan masih berada di hospital bagaimanapun tiada yang dirawat di unit rawatan rapi.
Sementara itu, 185 pesakit yang mempunyai gejala ringan atau sihat secara klinikal tetapi diuji positif COVID-19 telah diasingkan dan dirawat di kemudahan komuniti.
Sehingga kini, 27 orang meninggal dunia berikutan komplikasi akibat COVID-19 di republik itu, dengan dua kematian pertama dilaporkan pada 21 Mac.
Tiada kluster baharu dikenal pasti semalam.
Singapura melaporkan kes positif COVID-19 yang pertama pada 23 Jan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Singapura
#COVID-19
#paling rendah
#Kementerian Kesihatan Simgapura
#kes baharu
#kes import
#Kluster baharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan