awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Billie Eilish menang Lagu Terbaik Tahun Ini untuk 'Wildflower' di Anugerah Grammy
Aerotrain KLIA beroperasi seperti dirancang, gangguan awal tidak timbulkan risiko keselamatan - MAHB
Dua lelaki ditahan lakukan perbuatan tidak senonoh di tempat awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Singapura lapor 11 kes baharu, satu dalam komuniti

Bernama
Bernama
18/09/2020
09:48 MYT
COVID-19: Singapura lapor 11 kes baharu, satu dalam komuniti
MOH berkata 57,039 kes telah pulih sepenuhnya daripada jangkitan itu dan didiscaj dari hospital atau kemudahan rawatan komuniti. - Gambar fail
Singapura dalam pengesahan awal hari ini melaporkan terdapat 11 kes baharu jangkitan COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu, dengan satu kes dalam komuniti.
"Berdasarkan siasatan kami setakat ini, terdapat satu kes dalam komuniti yang merupakan rakyat Singapura," menurut Kementerian Kesihatan (MOH) dalam data ringkas yang disiarkan di sini hari ini.
MOH berkata terdapat satu kes import yang diserahkan Notis Duduk Di Rumah sebaik tiba di Singapura.
Dengan perkembangan terkini, jumlah keseluruhan yang dijangkiti di republik itu 57,543 kes.
Menurut kementerian itu ia masih meneliti perincian kes dan kemas kini lanjut akan dikeluarkan malam ini.
Dalam data lengkap yang dikeluarkan lewat Khamis, kementerian itu mengklasifikasikan 1,005 dilaporkan sebagai kes import; 2,241 kes komuniti dan 54,286 melibatkan penghuni asrama.
Sementara itu, MOH berkata 57,039 kes telah pulih sepenuhnya daripada jangkitan itu dan didiscaj dari hospital atau kemudahan rawatan komuniti.
Empat puluh tiga kes yang disahkan masih berada di hospital tetapi tiada yang ditempatkan di unit rawatan rapi, menurut kementerian itu.
Sementara itu, 423 pesakit yang bergejala ringan atau dari segi klinikal adalah sihat tetapi diuji positif COVID-19 telah diasingkan dan dirawat di kemudahan komuniti.
Setakat ini, 27 meninggal dunia akibat komplikasi COVID-19 di republik itu.
Tiada kluster baharu dikenal pasti semalam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#jangkitan
#kes positif
#pandemik
#Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan