awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Singapura siasat jangkitan semula di asrama pekerja

Astro Awani
Astro Awani
22/04/2021
05:53 MYT
COVID-19: Singapura siasat jangkitan semula di asrama pekerja
Pihak berkuasa telah melakukan ujian COVID-19 terhadap semua penduduk di Asrama Westlite Woodlands setelah seorang pekerja berusia 35 tahun didapati positif pada 20 April lalu selepas ujian rutin. - Gambar REUTERS
Kementerian Tenaga Kerja Singapura memaklumkan, pihak berkuasa sedang menyiasat kemungkinan jangkitan semula COVID-19 di kalangan penduduk di asrama pekerja migran, setelah menemui kes positif di lokaliti tersebut.
Ratusan penduduk dari asrama akan dihantar pusat kuarantin tempatan, lapor media negara jiran itu.
Pihak berkuasa telah melakukan ujian COVID-19 terhadap semua penduduk di Asrama Westlite Woodlands setelah seorang pekerja berusia 35 tahun didapati positif pada 20 April lalu selepas ujian rutin.
Pekerja itu telah menyelesaikan dos vaksinasi keduanya pada 13 April dan rakan sebiliknya juga didapati positif.
Setakat ini, sekurang-kurangnya 10 pekerja yang pulih didapati positif COVID-19.
"Kes-kes ini segera diasingkan dan dimaklumkan ke Pusat Nasional Penyakit Berjangkit (NCID) untuk diselidik kemungkinan jangkitan semula," kata Kementerian Tenaga Kerja dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu.
Lebih daripada 1,100 penduduk dari blok di mana kes-kes itu dijumpai akan dihantar ke pusat kuarantin kerajaan selama 14 hari, lapor Channel NewsAsia yang memetik surat daripada operator asrama.
Kementerian Tenaga Kerja dan operator di kawasan berkenaan masih belum memberikan maklum balas terhadap isu berkenaan.
Kali terakhir Singapura dilaporkan mendapat lebih daripada 10 kes dalam satu hari di kalangan penghuni asrama ialah pada September lalu, dengan hampir tidak ada jangkitan baharu dalam beberapa bulan terakhir.
Negara itu juga berjaya mengendalikan virus selain telah melakukan vaksinasi.
Kementerian Kesihatan Singapura sebelum ini melaporkan vaksin itu efektif untuk mencegah penyakit bersimptom tetapi penelitian lebih lanjut diperlukan untuk menentukan apakah ia juga dapat mencegah penularan selanjutnya.
Sebilangan besar daripada lebih dari 60,000 kes COVID-19 sejak wabak itu bermula, berlaku di asrama yang sesak yang menempatkan kebanyakan pekerja dengan gaji rendah di Asia Selatan, sehingga menyebabkan penutupan lokaliti tersebut.
Pekerja di asrama kebanyakannya masih terpisah dari penduduk lain di negara kota, biasanya hanya dibenarkan keluar dari kediaman mereka untuk bekerja.
Bloomberg News yang memetik sumber melaporkan, Singapura dan Hong Kong telah menarik semula pengumuman gelembung perjalanan udara yang dijadual pada Khamis antara kedua-dua pusat kewangan itu.
Topic Berkaitan
#Hong Kong
#Asia
#Singapura
#COVID-19
#vaksin
#kes positif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan