awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China terbit kertas dasar keselamatan negara Hong Kong selepas hukuman penjara Jimmy Lai
[TERKINI] Tan Sri Isa Samad ke penjara serta-merta, mahkamah batalkan pembebasan
Orang awam dilarang guna siren atau lampu kecemasan, boleh dikenakan tindakan - Bukit Aman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Terlalu rindu pelanggan, pemilik restoran Belgium ini 'hidang' pada boneka

Agensi
Agensi
03/02/2021
07:03 MYT
COVID-19: Terlalu rindu pelanggan, pemilik restoran Belgium ini 'hidang' pada boneka
Mahieu bimbang akan masa depannya, apabila dipaksa menutup operasi restoran dan barnya berikutan ancaman pancemik COVID-19. - Reuters
RIXENSART:Seorang pemilik restoran di Brussels mengadu dia terlalu merindui pelanggannya sejak perniagaannya dipaksa untuk menghentikan operasi sejak Oktober lalu di bawah undang-undang Belgium.
Selain kehilangan punca pendapatan, Therese Mahieu terasa sebahagian daripada dirinya kini 'kosong', lebih-lebih lagi apabila dia tidak dapat berhubung secara langsung dengan semua pelanggannya.
Untuk mengubati kerinduan itu, Mahieu telah mengisi kekosongan tempat duduk di dalam restorannya dengan meletakkan patung boneka yang pelbagai rupa bentuk.
Dia kemudiannya menuang minuman ke dalam gelas di hadapan boneka-boneka itu, yang turut dipakaikan rambut palsu, topi dan skaf.
Mahieu melakukan ini semua kerana terlalu merindui kehadiran pelanggannya... - Reuters
Mahieu melakukan ini semua kerana terlalu merindui kehadiran pelanggannya... - Reuters
Semua itu adalah sebahagian daripada ekspresi bantahannya kepada peraturan ketat yang dikenakan ke atas pemilik perniagaan sepertinya.
Semua boneka tersebut, yang dihasilkan dengan belon, memberikan Mahieu sedikit perasaan 'gembira' selepas mendapati restorannya, Chez Therese, di bandar Rixensart, semakin terasing daripada komuniti.
Meskipun belum sepenuhnya berdepan lonjakan gelombang ketiga virus korona, negara yang menjadi tuan rumah Kesatuan Eropah (EU) dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) itu merupakan antara negara dengan kematian tertinggi akibat COVID-19 per kapita di dunia.
  Nasib pemilik perniagaan seperti Mahieu ini tidak menentu... - Foto: Reuters
Nasib pemilik perniagaan seperti Mahieu ini tidak menentu... - Foto: Reuters
Topic Berkaitan
#pandemik
#COVID-19
#sekatan pergerakan
#Belgium
#bisnes terjejas
#restoran ditutup
#pelanggan
#kehilangan pendapatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan