BANGKOK:Thailand akan memulakan program vaksinasi virus korona bulan depan dengan 50,000 dos vaksin AstraZeneca untuk golongan berisiko tinggi, lapor Reuters.
“Kami akan mulakan dengan petugas perubatan, individu berisiko tinggi dan kawasan tertentu,” ujar pegawai kanan kesihatan Sopon Mekton.
Petugas kesihatan di wilayah Samut Sakhon, yang menjadi titik penularan terbaru, menjadi yang terawal untuk divaksinasi, diikuti warga tua dan mereka yang mempunyai penyakit kronik.
Agensi Perubatan dan makanan Thailand pada minggu lalu meluluskan vaksin AstraZeneca untuk kegunaan kecemasan namun masih menunggu pelepasan daripada Sinovac Biotech.
Negara Gajah Putih itu telah menempah 2 juta dos vaksin berkenaan.
Menteri Kesihatan Anutin Charnvirakul pada Isnin berkata, daripada 200,000 dos awal yang diminta, AstraZeneca hanya akan membekalkan 150,000 dos dahulu, berikutan tempahan yang banyak.
Thailand setakat ini merekodkan hanya 13,687 jangkitan dan 75 kematian akibat COVID-19.
Kerajaan Thailand sering dikritik kerana mengambil masa yang lama untuk memperoleh vaksin sedangkan negara-negara jiran di Asia Tenggara sudah memulakan program vaksinasi atau mengesahkan penerimaan bekalan daripada pelbagai syarikat. Kritikan itu bagaimanapun dinafikan kerajaan.
Seorang ahli politik, Thanathorn Juangroongruangkit, berkata strategi Thailand terlalu bergantung kepada tindakan sebuah syarikat, Siam Bioscience, iaitu sebuah firma di bawah pemilikan Raja Maha Vajiralongkorn.
Syarikat itu akan menghasilkan vaksin Astrazeneca di peringkat tempatan untuk edaran serantau.
Dua pemimpin daripada protes anti-kerajaan sudah melancsrkan demonstrasi berskala kecil pada Isnin untuk membantah pemilihan Siam Bioscience sebagai syarikat tunggal.
Siam Bioscience menolak untuk mengulas tentang perkara itu, dan disokong oleh Perdana Menteri Prayuth Chan-ocha.
Agensi
Mon Jan 25 2021
Thailand setakat ini merekodkan hanya 13,687 jangkitan dan 75 kematian akibat COVID-19. - Gambar fail
Universiti perlu bentuk kelantangan mahasiwa
Orientasi sesebuah universiti perlu berubah bagi membentuk karakter mahasiswa yang lebih lantang bersuara.
Risiko rendah, perlu strategi capai matlamat
Ketua Penyelidikan dan Penasihat Kekayaan, Pengurus Portfolio, UOB Kay Hian Wealth Advisors, Mohd Sedek Jantan, berpendapat, kriteria ESG boleh disepadukan bersama strategi pelaburan lain seperti Smart Beta.
Rasionalisasi subsidi solusi terbaik elak risiko pelarasan gaji penjawat awam
Antara lain tambah Pakar Ekonomi, komunikasi yang efektif sangat penting dalam menangani risiko ini, terutama dalam konteks penyesuaian subsidi seperti subsidi minyak.
Olimpik Paris: Nur Aisyah berkampung di Belgium
Pelumba berbasikal lebuh raya wanita negara, Nur Aisyah Mohamad Zubir bakal berada di Belgium mulai 25 Mei ini menjelang Sukan Olimpik Paris 2024.
[TERKINI] 3 mayat tragedi kepala air Lembah Maksina dijumpai
Pasukan mencari dan menyelamat menjumpai tiga mayat yang dipercayai lemas akibat dihanyut kepala air di Lembah Maksina dekat Lahad Datu.
Status arahan lanjut kes bella ditetapkan 20 Mei
Mahkamah Majistret Batu Pahat menetapkan 20 Mei depan bagi mendapatkan status arahan lanjut dan juga izin berhubung kes seorang lelaki yang didakwa membunuh teman wanitanya, Mila Sharmila Samsusah atau Bella dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.
YouTube uji penggunaan AI bantu beri ilham kandungan video kepada penerbit
Melalui ciri baharu ini, ia menggunakan sokongan kecerdasan buatan dalam memberikan serta menjana ilham video seterusnya untuk dihasilkan.
AWANI Ringkas: TH pastikan 31,600 jemaah haji berpeluang ziarah Raudah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Projek naik taraf SMV Bintulu kepada kolej 42 peratus siap - Nanta Linggi
Projek menaik taraf Sekolah Menengah Vokasional Bintulu kepada Kolej Vokasional Bintulu bernilai RM21.5 juta dijadual siap menjelang Jun 2025.
Lawatan Xi kukuhkan 60 tahun hubungan China-Perancis
Presiden China Xi Jinping tiba di Paris pada Ahad dalam rangka lawatan ke Perancis di atas jemputan Presiden Perancis Emmanuel Macron.
COVID-19: Thailand akan mulakan program vaksinasi bulan depan
Thailand setakat ini merekodkan hanya 13,687 jangkitan dan 75 kematian akibat COVID-19.