awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Thailand catat 836 kes baharu, sifar kematian

Bernama
Bernama
01/02/2021
10:58 MYT
COVID-19: Thailand catat 836 kes baharu, sifar kematian
Thailand mencatat 836 kes baharu COVID-19 dengan sifar kematian dalam tempoh 24 jam lepas. - Gambar fail/REUTERS
BANGKOK:Thailand mencatat 836 kes baharu COVID-19 dengan sifar kematian dalam tempoh 24 jam lepas menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara itu setakat ini ialah 19,618 dengan 77 kematian.
Penolong Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) Dr Apisamai Srirangsan berkata daripada jumlah kes baharu itu, 793 adalah jangkitan tempatan dengan 782 dikesan di Samut Sakhon, enam di Maha Sarakham dan lima di Bangkok manakala 39 kes merupakan individu yang mendapatkan rawatan di hospital.
Beliau berkata empat lagi adalah kes import termasuk dua rakyat Thailand yang kembali dari Malaysia.
Apisamai juga berkata langkah pengesanan kes aktif di kilang, asrama pekerja, pasar dan komuniti di Samut Sakhon, yang merupakan pusat penularan terkini pandemik itu di Thailand, akan diteruskan.
"Secara purata, kira-kira 7 peratus daripada jumlah keseluruhan pengesanan kes aktif di Samut Sakhon didapati positif virus itu," katanya pada taklimat harian COVID-19 di sini hari ini.
Apisamai berkata penularan terkini di negara itu pada pertengahan Disember tahun lepas menyaksikan sejumlah 14 wilayah masih bebas daripada COVID-19 manakala 42 lagi belum melaporkan kes baharu selama lebih tujuh hari.
Sementara itu, sistem AiMASK Agensi Pembangunan Sains dan Teknologi Kebangsaan Thailand (NSTDA) mendapati 97.53 peratus rakyat memakai pelitup muka dengan betul dan 1.42 peratus memakainya di bahagian dagu mereka manakala 1.05 peratus langsung tidak memakainya.
Sistem itu menggunakan CCTV serta perisian pengecaman wajah untuk menilai tahap penggunaan pelitup muka oleh rakyat di tempat awam dan penilaian itu dikendalikan di 15 daerah di Bangkok dari 21 hingga 27 Jan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Thailand
#kes baharu
#COVID-19
#Bangkok
#CCSA
#Samut Sakhon
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan