awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kedutaan Malaysia di Jepun nasihatkan pengembara berwaspada susulan cuaca buruk
Ribut tropika Basyang ragut 3 nyawa, lebih 390,000 orang terjejas di Filipina
Kerajaan rangka garis panduan kemudahan mesra OKU di semua masjid, surau - Zulkifli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Thailand catat satu kes penularan tempatan susulan ingkar arahan kuarantin

Bernama
Bernama
04/12/2020
15:10 MYT
COVID-19: Thailand catat satu kes penularan tempatan susulan ingkar arahan kuarantin
Sehingga kini, seramai 13 warga Thai memasuki negara itu dari sempadan pekan Myanmar di Tachileik dan disahkan positif COVID-19 beberapa hari kemudian. - Gambar fail
BANGKOK:Thailand mencatatkan 14 kes positif baharu COVID-19 termasuk satu kes tempatan membabitkan warga Thai mempunyai kontak rapat kepada pesakit yang menyelinap masuk melalui Tachileik, Myanmar dan melanggar arahan kuarantin.
Sementara 13 lagi adalah kes import melibatkan masing-masing tiga kes dari Amerika Syarikat dan Myanmar diikuti Jerman (dua) serta masing-masing satu dari Ukraine, Belanda, Nepal, Republik Czech dan Norway, menjadikan keseluruhan 4,053 kes dicatatkan di negara itu.
Pengarah Jabatan Kawalan Penyakit Dr Sophon Lamsirithawon berkata lelaki berusia 28 tahun yang bekerja di pusat hiburan di Chiang Rai adalah rakan kepada pesakit COVID-19 yang menyelinap masuk pada 28 Nov lepas dan disahkan positif virus itu beberapa hari kemudian.
"Sehingga kini, seramai 13 warga Thai memasuki negara itu dari sempadan pekan Myanmar di Tachileik dan disahkan positif COVID-19 beberapa hari kemudian," katanya pada sidang media hari ini.
Melalui pengesanan kontak, pihak berkuasa kesihatan awam mendapati ramai wanita rakyat Thailand menyeberangi sempadan dan ingkar arahan kuarantin wajib.
Thailand meningkatkan penguatkuasaan di sempadan Thailand-Myanmar untuk mengekang kemasukan secara haram sekali gus mencegah penularan COVID-19 di negara itu.
Sementara itu, Dr Sophon berkata seorang ahli perniagaan wanita warga tempatan berusia 51 tahun dari Wilayah Sing Buri disahkan positif COVID-19, bagaimanapun pihak berkuasa kesihatan awam masih menyiasat punca jangkitan terbabit.
Beliau berkata siasatan awal mendapati ahli perniagaan itu berada dalam penerbangan dari Chiang Rai ke Bangkok yang dinaiki dua kes positif selepas pulang dari Tachiliek.
"Wanita itu berkata dia tidak pernah menyeberangi sempadan (ke Myanmar). Ia mungkin satu lagi kes penularan tempatan, namun kami perlu menyiasat," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Thailand
#Myanmar
#Utara
#COVID-19
#kes positif
#kuarantin
#perintah
#kerajaan
#Bangkok
#tempatan
#jangkitan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan