awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Thailand lancar aplikasi kesan mereka yang jalani kuarantin sendiri

Bernama
Bernama
12/03/2020
20:38 MYT
COVID-19: Thailand lancar aplikasi kesan mereka yang jalani kuarantin sendiri
Mereka yang ingin melakukan perjalanan ke Thailand perlu memohon visa dengan melampirkan sijil perubatan bagi membuktikan bahawa mereka adalah bebas daripada COVID-19 di Kedutaan Thailand di negara masing-masing. - Gambar hiasan
Thailand pada Khamis melancarkan satu aplikasi secara online bagi mengesan penduduk tempatan dan pelancong dari enam negara dan wilayah berisiko tinggi iaitu China, Korea Selatan, Iran, Itali, Hong Kong dan Macau yang menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari.
Menteri Ekonomi Digital dan Masyarakat Buddhipongse Punnakanta berkata aplikasi itu adalah bagi memastikan rakyat Thailand serta pelancong yang dibenarkan keluar dari Zon Penyakit Berjangkit COVID-19 berada di dalam rumah selama 14 hari semasa tempoh inkubasi.
"Mereka yang kembali ke tanah air dari enam negara berisiko tinggi akan memuat turun aplikasi itu selepas proses tapisan di lapangan terbang. Mereka perlu mengisi maklumat peribadi dan alamat masing-masing. Pihak berkuasa akan mengesan mereka menerusi lokasi masa nyata.
"Mereka yang melanggar arahan mungkin berdepan hukuman maksimum penjara setahun dan denda 100,000 baht atau kedua-duanya," kata beliau pada sidang akhbar di sini pada Khamis.
Pelancong dari China, Korea Selatan, Iran, Itali, Hong Kong dan Macau yang mempunyai gejala jangkitan COVID-19 dikehendaki menjalani kuarantin mandatori sejurus ketibaan.
Bagi mereka yang tidak mempunyai gejala pula hendaklah menjalani kuarantin sendiri di rumah mereka (untuk rakyat Thailand) manakala bagi warga asing, mereka akan dikuarantin di sebuah hotel di Lapangan Terbang Suvarnabhumi selama 14 hari.
Mereka perlu merekodkan gelaja mereka sendiri dalam sistem pelaporan dan mengawasi gejala itu dengan ketat seperti yang disyaratkan oleh Kementerian Kesihatan Awam.
Sementara itu, Menteri Dalam Negeri Jeneral Anupong Paochinda berkata penggantungan sementera bagi visa semasa ketibaan bagi 19 negara dan wilayah selain pembatalan pengecualian visa bagi Korea Utara, Itali dan Hong Kong akan berkuat kuasa esok sehingga 30 Sept bagi membendung penularan COVID-19 di Thailand.
"Mereka yang ingin melakukan perjalanan ke Thailand perlu memohon visa dengan melampirkan sijil perubatan bagi membuktikan bahawa mereka adalah bebas daripada COVID-19 di Kedutaan Thailand di negara masing-masing," katanya.
Semua penumpang dikehendaki mengemukakan sijil kesihatan yang mengesahkan bahawa mereka adalah bebas daripada COVID-19 dan sijil itu perlu disertakan dengan keputusan ujian makmal serta sah dalam tempoh 48 jam sebelum daftar masuk.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#aplikasi
#China
#COVID-19
#hotel
#inkubasi
#Iran
#Korea
#kuarantin
#pelancong
#Thailand
#Visa
#warga asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan