Skip to main content

Dunia

COVID-19: Thailand lapor lapan kes import baharu dalam tempoh 24 jam

51591870944_CovidThailand.jpg
BANGKOK:Lapan kes import dilaporkan di Thailand dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara itu meningkat kepada 3,874 kes.

Bagaimanapun, tiada kes kematian baharu dicatatkan pada Ahad.

Menurut jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi bagi COVID-19 (CSSA), kes baharu tersebut membabitkan, empat warga Thailand, tiga dari India dan seorang warga Mesir yang didapati positif ketika kuarantin.

Empat rakyat Thailand itu, masing-masing baru pulang dari Belgium, Arab Saudi, Mesir dan Switzerland.

Sementara tiga warga India, yang kesemuanya tiada kaitan, disahkan positif COVID-19 selepas tiba pada 7 November lalu.

Manakala, lelaki warga Mesir yang tiba di Thailand pada 5 November lalu, disahkan positif tanpa sebarang simptom.

Advertisement

Must Watch Video