INTERNATIONAL
COVID-19: UAE larang rakyat tidak divaksin ke luar negara

Percikan bunga api kelihatan dari Burj Khalifa, bangunan tertinggi di dunia, semasa sambutan Ambang Tahun Baharu di Dubai, UAE, 1 Jan 2022. - Gambar hiasan/AP
EMIRIAH Arab Bersatu (UAE) akan melarang warganya yang tidak divaksin daripada melancong ke luar negara mulai 10 Januari.
Perkara itu dilaporkan agensi berita negara WAM pada Sabtu, yang memetik kenyataan kementerian luar dan Pihak Berkuasa Pengurusan Krisis dan Bencana Kecemasan Kebangsaan.
Laporan itu menyebut, warganegara yang divaksin sepenuhnya juga memerlukan suntikan dos penggalak untuk layak melakukan perjalanan.
Larangan itu tidak akan dikenakan kepada mereka yang mempunyai pengecualian perubatan atau kemanusiaan.Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami