Skip to main content

Dunia

COVID-19: Victoria rekod 23 kes kematian, terendah dalam tempoh 8 minggu

61597061106_ScottMorrison.jpg
KAWASAN panas penularan COVID-19 di Australia, wilayah Victoria mencatatkan kes kematian terendah dalam tempoh melebihi lapan minggu.

Pihak berkuasa kesihatan pada Khamis melaporkan, daripada 23 kematian yang dicatatkan itu, 22 melibatkan rumah jagaan orang tua.

Perdana Menteri, Scott Morrison mengatakan penularan di empat rumah jagaan warga emas di Melbourne itu sebagai perkara yang sukar untuk diterima.

Jelas Morrison, pihaknya cukup bimbang dengan penularan virus di Victoria yang berpotensi meningkat secara mendadak.

Sementara itu, 113 kes baharu yang dilaporkan pada Khamis adalah jumlah terendah sejak 87 kes pada 5 Julai lalu.

Advertisement

Must Watch Video