awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kos urus penyakit tidak berjangkit cecah RM64.3 bilion setahun, fokus pencegahan - Dr Dzulkefly
KPKT sedia bantu proses pemutihan rumah ibadah tanpa kebenaran - Kor Ming
Kadar kematian kes denggi di Melaka meningkat, lepasi had ditetap KKM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cucu pemimpin Hamas yang cedera dalam serangan Israel meninggal dunia

Bernama
Bernama
15/04/2024
23:00 MYT
Cucu pemimpin Hamas yang cedera dalam serangan Israel meninggal dunia
Malak Haniyeh, cucu perempuan kepada pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh (gambar) meninggal dunia pada Isnin selepas mengalami kecederaan dalam serangan Israel pada hari pertama Aidilfitri. - Gambar fail
ISTANBUL: Malak Haniyeh, cucu perempuan kepada pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh meninggal dunia pada Isnin selepas mengalami kecederaan dalam serangan Israel yang mengorbankan ahli keluarganya yang lain pada hari pertama Aidilfitri, sumber perubatan memberitahu Agensi Anadolu.
Tiga anak lelaki Ismail dan beberapa cucunya maut pada Rabu lepas dalam satu serangan udara Israel di sebuah kem pelarian di barat Bandaraya Gaza.
Serangan udara Israel itu menyasarkan sebuah kereta membawa keluarga Ismail di Kem Pelarian Al-Shati semasa mereka mengucapkan selamat menyambut Aidilfitri kepada penghuni kem berkenaan sempena perayaan itu, saksi memberitahu Anadolu.
Sumber perubatan memberitahu Anadolu bahawa serangan udara itu meragut nyawa tiga anak lelaki Ismail -- Hazem, Amir, dan Mohammed -- selain daripada beberapa orang anak mereka dan mencederakan yang lain.
Israel telah melancarkan serangan ke atas Semenanjung Gaza sejak 7 Okt 2023, membunuh lebih daripada 33,700 warga Palestin dan mencederakan 76,400 orang selain daripada kemusnahan kediaman dan infrastruktur pada skala besar dan mengakibatkan kekurangan bekalan keperluan. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perang Palestin-Israel
#cucu pemimpin Hamas
#Ismail Haniyeh
#serangan di gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan