awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Daging manusia jadi 'santapan' kucing jalanan

Astro Awani
Astro Awani
13/03/2021
00:23 MYT
Daging manusia jadi 'santapan' kucing jalanan
Polis memberitahu, suspek berusia 33 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan. - Gambar Daily Star
NUR-SULTAN: Seorang lelaki di Kazakhstan yang dipercayai mabuk bertindak ganas dengan membunuh rakannya sebelum memotong anggota badan mangsa kepada beberapa kerat kecil dan menghidangkannya kepada kucing jalanan.
Daily Star melaporkan, suspek dikenali sebagai Arman, 33, melakukan perbuatan itu pada 2 Mac lalu selepas mengundang mangsa, Daniyar, ke rumahnya untuk berparti.
Pun begitu, pertemuan mereka berakhir dengan pertengkaran apabila kedua-dua mereka mabuk selepas minum alkohol.
Suspek yang hilang kawalan, dipercayai mengambil pisau sebelum menikam mangsa bertubi-tubi sehingga mati.
Lebih mengerikan, mayat mangsa kemudiannya dikerat kepada bahagian kecil sebelum diberikan kepada kucing liar untuk beberapa hari, dipercayai bagi menghapuskan bahan bukti.
Kejadian itu bagaimanapun disedari salah seorang jirannya yang mencurigai titisan darah dan potongan daging di balkoni rumah suspek.
Sementara itu seorang saksi yang enggan mendedahkan namanya mendakwa, suspek juga dilihat mencampak daging tersebut keluar dari rumah untuk dimakan kucing jalanan itu.
Jurucakap polis, Bakhytzhan Kudiyarov memberitahu, suspek sudah ditahan bagi membantu siasatan.
"Berdasarkan keterangan awal, suspek mengaku membunuh rakannya ketika berlakunya pertengkaran," ujarnya.
Jika disabit dengan kesalahan, lelaki itu boleh dijatuhkan hukuman penjara sehingga 15 tahun.
Topic Berkaitan
#daging manusia
#makanan kucing
#ditahan
#membunuh
#tikam rakan
#berparti
#titisan darah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan