awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga bazar diingat ambil suntikan tifoid, jaga kebersihan
Rujuk pihak berautoriti untuk isu agama - Zulkifli
Terbuka Windy City: Sivasangari layak ke suku akhir, Eain Yow dan Aira tersingkir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Daish mengaku bertanggungjawab dalam letupan bunuh diri di majlis perkahwinan

Agensi
Agensi
18/08/2019
22:14 MYT
Daish mengaku bertanggungjawab dalam letupan bunuh diri di majlis perkahwinan
Kumpulan itu dalam satu kenyataan menerusi Telegram mendakwa, pengebom berani mati berjaya menyusup masuk ke kaunter penyambut tetamu sebelum meledakkan bahan letupan di khalayak ramai. GAMBAR AP
Kumpulan militan Daish mengaku bertanggungjawab terhadap insiden letupan bunuh diri pada majlis perkahwinan di Kabul, Afghanistan, pada Ahad.
Kumpulan itu dalam satu kenyataan menerusi Telegram mendakwa pengebom bunuh diri berjaya menyusup masuk ke kaunter penyambut tetamu sebelum meledakkan bahan letupan di khalayak ramai.
Letupan pada kira-kira jam 10.40 malam waktu tempatan di Dewan Perkahwinan Shahr E-Dubai itu mengorbankan 63 mangsa.
Ia terjadi selepas Washington dan Taliban dalam peringkat akhir perjanjian yang akan menyaksikan pengurangan tentera Amerika Syarikat di Afghanistan.
Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Nusrat Rahimi berkata antara yang cedera dalam kejadian itu termasuk wanita dan kanak-kanak.
Difahamkan, lebih 1,000 tetamu dijemput ke majlis itu.
Gambar di media sosial menunjukkan beberapa mangsa bergelimpangan di dewan hotel.
Saksi berkata letupan berlaku berhampiran pentas menyebabkan tetamu yang berada di situ termasuk pemain muzik maut.
Topic Berkaitan
#Afghanistan
#Amerika Syarikat
#ISIS
#Islam
#perkahwinan
#Washington
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan