awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kemelut Pas-Bersatu: Kepimpinan tanpa titik penyatuan, kuasa jadi rebutan - Ilham Centre
Team LZJ sahkan Yeoh Kay Bin letak jawatan sebagai ketua jurulatih
Kemelut Perikatan Nasional: Apa yang berlaku?
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AS dakwa China lakukan genosid terhadap etnik Uyghur

Hafizi Rosli
Hafizi Rosli
19/01/2021
23:35 MYT
AS dakwa China lakukan genosid terhadap etnik Uyghur
AS mendakwa China melakukan pembunuhan beramai-ramai atau genosid terhadap etnik Muslim Uyghur. -Gambar fail/AP
WASHINGTON DC:Amerika Syarikat (AS) mendakwa China melakukan pembunuhan beramai-ramai atau genosid terhadap etnik Muslim Uyghur.
Kenyataan itu dikeluarkan Mike Pompeo dalam hari-hari terakhirnya sebagai Setiausaha Negara sekali gus meningkatkan tekanan kepada Beijing.
Memetik agensi berita AFP, AS juga melihat ada cubaan untuk menghapuskan etnik itu oleh negara China.
Beliau mempersoalkan sekiranya Parti Komunis China dibenarkan untuk terus melakukan pembunuhan beramai-ramai dan tidak berperikemanusiaan terhadap rakyatnya sendiri, apakah nasib yang bakal menimpa masyarakat lain pada masa depan.
Pompeo sebelum ini turut beri pandangan bahawa apa yang berlaku di China itu mengingatkannya dengan keadaan dan polisi Nazi Jerman suatu ketika dahulu.
Pompeo menyeru semua badan termasuk mahkamah antarabangsa untuk mengambil tindakan terhadap layanan China terhadap etnik Uyghur ini dan AS akan terus memberi tekanan kepada negara itu.
Penjara di China merupakan neraka - Etnik Uighur
Kumpulan Hak Asasi percaya bahawa sekurang-kurangnya terdapat satu juta etnik Uyghur yang kebanyakkannya beragama Islam dipenjara di kem-kem di wilayah barat Xinjiang.
BACA: UK dakwa terdapat bukti kukuh wujud buruh paksa di Xinjiang, China
Topic Berkaitan
#China
#Uyghur
#genosid
#Mike Pompeo
#etnik Muslim
#Parti Komunis China
#Nazi Jerman
#wilayah barat Xinjiang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan