awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pencipta lagu P Ramlee dan Saloma nafi tiru lagu Nidji - "Persamaan mungkin ada tetapi..."
Siti Nurhaliza Ikon Seni Melaka, janji terus martabat lagu tradisi
Smart Tourism Melaka AI, pasport pelancongan perkukuh Tahun Melawat Melaka 2.0
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dana COVID-19 dijumpai pada seluar dalam, Senator Brazil didesak letak jawatan

Astro Awani
Astro Awani
15/10/2020
22:04 MYT
Dana COVID-19 dijumpai pada seluar dalam, Senator Brazil didesak letak jawatan
Rodrigues berkata beliau akan membuktikan bahawa dia tidak terlibat dengan rasuah. -Reuters
BOGOTA:Seorang senator di Brazil didesak meletakkan jawatan setelah polis menemukan wang tunai yang disembunyikan pada seluar dalamnya semasa rumahnya digeledah.
Serbuan di kediaman Chico Rodrigues itu dilakukan pihak berkuasa pada Khamis susulan dakwaan penyalahgunaan 20 juta reais (kira-kira RM14.5 juta) dana awam untuk memerangi koronavirus.
Kementerian Komunikasi dalam kenyataannya berkata 30,000 reais (kira-kira RM20,7000) ditemukan di dalam rumah anggota kongres itu manakala sebahagian lagi wang dijumpai diselit pada seluar dalamnya.
“Amat memalukan.
“Untuk menggambarkan betapa dahsyatnya situasi itu, ada beberapa keping wang yang dirampas telah dicemari najis,” lapor Revista Crusoé, majalah konservatif yang membongkar berita ini.
Rodrigues berkata beliau akan membuktikan bahawa dia tidak terlibat dengan rasuah.
"Rumah saya diceroboh kerana saya telah menjalankan tugas sebagai penggubal undang-undang, mendapatkan sumber bagi negeri untuk memerangi COVID-19.
"Saya percaya pada keadilan dan saya akan membuktikan bahawa saya tidak ada kaitan dengan tindakan haram."
Rodrigues mewakili negeri Roraima di Senat dan telah dipilih sebagai timbalan pemimpin pentadbiran Presiden Jair Bolsonaro.
Bolsonaro mendakwa serbuan itu adalah bukti bahawa beliau berjaya dalam usahanya memerangi rasuah tanpa memilih bulu.
Topic Berkaitan
#dana awam
#dijumpai pada seluar dalam
#COVID-19
#Chico Rodrigues
#Revista Crusoe
#koronavirus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan