Skip to main content

Dunia

Data peribadi lebih 100,000 pegawai polis UK bocor di laman gelap

81592748051_UKPolice.jpg
Penggodam mendedahkan maklumat mengenai pasukan polis yang dianggotai pegawai berkenaan selepas menceroboh Pangkalan Data Undang-Undang Kebangsaan Polis (PNLD). - Gambar fail
Advertisement

ISTANBUL: Nama dan butiran hubungan lebih 100,000 pegawai polis United Kingdom (UK) muncul di laman gelap (dark web) selepas penjenayah siber menceroboh pangkalan data utama penguat kuasa undang-undang, sekali gus mendedahkan pegawai yang telah bertahun-tahun menjejaki penjenayah termasuk ancaman yang disiasat mereka, lapor Anadolu Ajansi memetik akhbar The Times.

Menurut The Times, insiden kebocoran yang dilaporkan lewat Ahad itu menyusuli kempen siber lebih meluas yang turut menjejaskan data daripada Kementerian Pertahanan, Kementerian Dalam Negeri, Agensi Jenayah Kebangsaan dan Perkhidmatan Pendakwaan.

Pencerobohan terbaharu ini juga berlaku hanya beberapa hari selepas penggodam menyasarkan Jabatan Pendidikan, yang mengakibatkan pendedahan lebih 500,000 rekod.

Penggodam mendedahkan maklumat mengenai pasukan polis yang dianggotai pegawai berkenaan selepas menceroboh Pangkalan Data Undang-Undang Kebangsaan Polis (PNLD), iaitu sumber undang-undang dalam talian yang digunakan oleh pasukan polis di bawah seliaan Kementerian Dalam Negeri di seluruh UK.

Pihak berkuasa percaya kumpulan penjenayah siber ExfilSquad merupakan dalang di sebalik serangan tersebut, yang merupakan sebahagian daripada siri pencerobohan terkini yang menyasarkan institusi Barat.

-- BERNAMA-ANADOLU

Must Watch Video

Advertisement