NEW YORK: Datuk Bandar New York, Zohran Mamdani menyertai barisan pemimpin yang mengecam insiden tembakan di Washington Hilton, dengan menyifatkan sebarang bentuk keganasan politik sebagai sesuatu yang tidak boleh diterima sama sekali.
Menerusi hantaran di platform X, Mamdani menzahirkan rasa lega apabila Presiden Amerika Syarikat serta para tetamu yang menghadiri Majlis Makan Malam Koresponden White House dilaporkan selamat dan tidak mengalami kecederaan.
Advertisement
“Keganasan politik adalah sesuatu yang tidak boleh diterima sama sekali.
"Saya bersyukur Presiden dan para tetamu di Majlis Makan Malam Koresponden White House berada dalam keadaan selamat,” katanya.
Political violence is absolutely unacceptable.
I am glad the President and guests at the White House Correspondents’ Dinner are safe.— Mayor Zohran Kwame Mamdani (@NYCMayor) April 26, 2026
Kenyataan itu dibuat susulan insiden keselamatan bersenjata yang berlaku di hotel berkenaan, yang menjadi lokasi penganjuran acara tahunan berprestij tersebut pada Sabtu.
Dalam kejadian itu, Presiden dan beberapa pemimpin kanan Amerika Syarikat dilaporkan dibawa keluar dari dewan acara oleh pasukan keselamatan selepas tembakan dilepaskan berhampiran kawasan pemeriksaan keselamatan.
Pihak berkuasa persekutuan dan tempatan di Washington kini sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti motif serta latar belakang suspek, selain memastikan tahap keselamatan pemimpin dan orang awam terus terjamin.