Skip to main content

Dunia

Datuk Bandar NY kecam perbelanjaan perang AS ketika krisis sara hidup rakyat memuncak

NYC Mayor Zohran Mamdani speaks at a press conference after an Air Canada Express jet collided with a ground vehicle at New York's LaGuardia Airport in Queens, New York, U.S., March 23, 2026. REUTERS/Eduardo Munoz
Zohran Mamdani (foto) menegaskan bahawa penglibatan AS dalam konflik bersama Israel menentang Iran perlu ditentang atas pelbagai faktor. -Gambar fail/Reuters

NEW YORK: Datuk Bandar New York, Zohran Mamdani, menyelar perbelanjaan besar Amerika Syarikat (AS) bagi membiayai operasi ketenteraan di Asia Barat ketika rakyat negara itu berdepan krisis kos sara hidup yang semakin meruncing.

Dalam temu bual bersama pencipta kandungan YouTube, Brian Tyler Cohen, beliau berkata penglibatan AS dalam konflik melibatkan Israel dan Iran perlu ditentang kerana rekod peperangan terdahulu menunjukkan dasar pertukaran rejim yang diterajui Washington membawa kesan buruk jangka panjang.

Advertisement

Zohran Mamdani berkata peperangan berkenaan telah menelan belanja sekitar AS$23 bilion (kira-kira RM92.75 bilion), angka yang disifatkannya sebagai pembaziran besar ketika rakyat sedang bergelut dengan kemampuan sara hidup.

Menurutnya, dana sebanyak itu sepatutnya digunakan untuk meningkatkan taraf hidup pekerja, termasuk memperluas akses Medicare, menambah tenaga pengajar atau mengurangkan beban hutang pinjaman pelajar.

Sebaliknya, keperluan domestik diabaikan demi meneruskan agenda ketenteraan di luar negara.

Beliau, yang memenangi jawatan Datuk Bandar dengan manifesto menjadikan New York lebih mampu milik, konsisten mengkritik dasar luar AS yang didakwanya memberi keutamaan kepada bajet ketenteraan berbanding kebajikan rakyat.

Pendiriannya itu selari dengan sikap beliau yang sering menolak tindakan ketenteraan AS di rantau Asia Barat.

 

Must Watch Video