Bekas Perdana Menteri United Kingdom David Cameron mengumumkan akan melepaskan jawatan sebagai ahli Parlimen, sekali gus bakal mencetuskan pilihan raya kecil di kerusi Witney di Oxfordshire.

Cameron yang meletakkan jawatan sebagai perdana menteri selepas referandum Kesatuan Eropah pada Jun, berkata beliau yang sudah lama memikirkan tindakan itu tidak mahu menjadi ‘gangguan’ dalam pentadbiran Theresa May, lapor BBC.

Beliau bagaimanapun berkata, akan terus menjalankan tugas sebagai ahli Parlimen sehingga pilihan raya umum akan datang.

Tokoh politik berusia 49 tahun itu yang mewakili Witney sejak 2001, menjadi pemimpin Konservatif pada tahun 2005 dan telah berkhidmat sebagai perdana menteri selama enam tahun.