Skip to main content

Hiburan

Abang Rita Rudaini meninggal dunia selepas rebah ketika bertugas

Abang kepada pelakon, Rita Rudaini iaitu Ahmad Musyaiful Mokhtar menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 1.46 pagi Ahad di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). -Foto Gempak
Abang kepada pelakon, Rita Rudaini iaitu Ahmad Musyaiful Mokhtar menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 1.46 pagi Ahad di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). -Foto Gempak
Advertisement

PETALING JAYA: Abang sulung kepada pelakon Rita Rudaini, Ahmad Musyaiful Mokhtar, dilaporkan meninggal dunia pada jam 1.46 pagi Ahad di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), lapor Gempak.

Allahyarham Ahmad Musyaiful, 51, yang berkhidmat dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perlis dilaporkan rebah ketika bertugas dalam satu program rasmi di Kelana Jaya sebelum dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Perkembangan itu dikongsikan menerusi rakaman video yang dimuat naik sebuah program hiburan di Instagram pada pagi Ahad.

Advertisement

Dalam rakaman tersebut, Rita dilihat tidak dapat menahan sebak ketika berada di sisi jenazah abangnya di hospital.

Rita ketika mengesahkan berita duka itu kepada media tempatan berkata beliau menerima perkhabaran mengenai pemergian abangnya daripada anak Allahyarham pada awal pagi tadi dan memohon orang ramai memberikan ruang kepada keluarganya untuk melalui saat sukar ini.

Advertisement

Jenazah Allahyarham dijangka dibawa pulang ke Kangar, Perlis bagi urusan pengebumian.

Bagaimanapun, keluarga masih belum berkongsi maklumat lanjut berhubung punca sebenar kematian Allahyarham setakat ini.

Must Watch Video

Advertisement