awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Debat buruk 'salah saya sendiri' - Biden

Bernama
Bernama
06/07/2024
13:15 MYT
Debat buruk 'salah saya sendiri' - Biden
Semasa perdebatan itu, Biden yang suaranya kedengaran serak, tergagap-gagap dalam menyusun ayat, kelihatan kehilangan tumpuan dan sering bergelut untuk menyampaikan hujahnya. - Gambar Reuters
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Joe Biden telah mengambil tanggungjawab penuh atas prestasi debatnya yang buruk menentang pencabarnya dari Parti Republikan, Donald Trump minggu lepas, dengan mengatakan bahawa persembahan buruknya adalah "salah saya sendiri", lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Dalam wawancara televisyen pertamanya sejak debat itu, Biden memberitahu ABC News bahawa beliau mengalami "malam yang buruk" pada malam itu, tetapi tiada "petunjuk tentang sebarang keadaan serius".
Tekanan ke atas Biden untuk berundur sebagai calon presiden Demokrat 2024 semakin meningkat daripada kalangan partinya sendiri sejak beliau berbahas dengan Trump dalam debat selama 90 minit yang disiarkan pada 27 Jun.
Semasa perdebatan itu, Biden yang suaranya kedengaran serak, tergagap-gagap dalam menyusun ayat, kelihatan kehilangan tumpuan dan sering bergelut untuk menyampaikan hujahnya.
Ditanya oleh George Stephanopoulos dari ABC News sama ada beliau telah menonton debat itu, Biden berkata: "Saya tidak fikir saya lakukannya, tidak."
Ditekan mengenai prestasinya buruknya beberapa kali, Biden berkata "Saya berasa amat teruk" dan beliau mengalami "selesema yang sangat teruk" pada hari itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#selesema
#kehilangan tumpuan
#Joe Biden
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan