awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu van Siam mengaku tidak salah langgar gadis hingga maut
KPM jangka peningkatan ketara jumlah kemasukan murid kawasan bandar tahun depan - Fadhlina
Polis mohon reman ke atas dua individu terlibat Himpunan GARAH
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Degil, enggan divaksin? Anda wajib bayar cukai!

Sinar Harian
Sinar Harian
12/01/2022
03:58 MYT
Degil, enggan divaksin? Anda wajib bayar cukai!
Menurut Legault, ia diperkenalkan kerana golongan yang tidak mendapat suntikan vaksin tersebut sebenarnya satu bebanan kewangan untuk semua penduduk di wilayah berkenaan. - Gambar hiasan
SEBUAH wilayah di Kanada akan melaksanakan cukai baharu kepada penduduk yang tidak mendapat suntikan vaksin COVID-19 dalam tempoh beberapa minggu akan datang, kata Ketua Menterinya, Francois Legault pada Selasa.
Ia akan dilaksanakan dalam bentuk cukai kesihatan baharu di wilayah yang sedang bergelut menghalang penularan varian baharu Omicron itu.
Menurut Ketua Menteri itu, ia diperkenalkan kerana golongan yang tidak mendapat suntikan vaksin tersebut sebenarnya satu bebanan kewangan untuk semua penduduk di wilayah berkenaan.
Katanya, seramai 10 peratus penduduk di Quebec yang masih belum menerima vaksin sepatutnya tidak boleh membahayakan kesihatan 90 peratus orang yang sudah divaksinasikan di wilayah tersebut. BACA SEMUA BERHUBUNG VARIAN OMICRON DI SINI
Beliau menyatakan bahawa mereka yang tidak divaksinasi atas sebab perubatan akan dikecualikan daripada dikenakan cukai baharu itu.
Pada 30 Disember tahun lalu, wilayah tersebut mengembalikan sekatan tertentu termasuk perintah berkurung pada jam 10 malam dan larangan mengadakan perhimpunan peribadi.
Secara keseluruhan, seramai 2,742 orang yang dijangkiti Covid telah dimasukkan ke hospital dan lebih 250 orang diberikan rawatan rapi di Quebec yang mempunyai kira-kira lapan juta penduduk. - Agensi
Artikel asal ini diterbitkan di portal Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Montreal
#tidak mahu divaksin
#bayar cukai
#Francois Legault
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan