PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU: Perwakilan Cuba meninggalkan dewan pada pagi Selasa ketika Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump bercakap mengenai Cuba semasa berucap pada sesi ke-81 Perhimpunan Agung PBB (UNGA), lapor Xinhua.
Rakaman video menunjukkan beberapa perwakilan bangkit dan meninggalkan kerusi sebagai protes kerana Trump menyifatkan Cuba sebagai "negara gagal".
Trump berkata pentadbirannya "berusaha untuk perubahan asas bagi keadaan di Cuba," sambil menuduh negara pulau itu memupuk "hubungan dengan kumpulan subversif dan radikal."
Beliau menambah bahawa Setiausaha Negara AS Marco Rubio sedang mengendalikan rundingan dengan Cuba.
AS telah meningkatkan tekanan dan sekatan terhadap Cuba sejak akhir Januari manakala hubungan dua hala tegang selama beberapa dekad.
Berikutan tindakan ketenteraan AS terhadap Venezuela dan Iran awal tahun ini, Trump mengancam bahawa "Cuba adalah negara seterusnya" selain menguatkuasakan sekatan minyak dan mempergiat sekatan yang telah lama wujud untuk “mencekik” talian hayat ekonomi negara itu.
-- BERNAMA-XINHUA