awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Delegasi Kongres AS bertemu Dalai Lama di India

Bernama
Bernama
19/06/2024
14:24 MYT
Delegasi Kongres AS bertemu Dalai Lama di India
Kunjungan itu adalah untuk "menonjolkan sokongan dwipartisan dalam Kongres AS untuk Tibet mempunyai hak menentukan masa depan mereka sendiri". - Reuters
NEW DELHI: Delegasi Kongres Amerika Syarikat (AS), termasuk bekas Speaker Dewan Perwakilan, Nancy Pelosi pada Rabu bertemu dengan Dalai Lama, pemimpin Tibet yang hidup dalam buangan di India, walaupun mendapat bantahan keras dari China.
Kumpulan yang diketuai oleh pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Dewan, Michael McCaul itu bertujuan untuk "menonjolkan sokongan dwipartisan dalam Kongres AS untuk Tibet mempunyai hak menentukan masa depan mereka sendiri".
Tokoh spiritual Buddha berusia 88 tahun itu berpangkalan di bandar Dharamshala di negeri Himachal Pradesh, utara India.
McCaul ketika bercakap kepada pemberita selepas pertemuannya, berkata salah satu isu yang dibincangkan adalah "untuk mempunyai Tibet yang bebas".
China dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa oleh kedutaannya di New Delhi, menuduh Dalai Lama terlibat dalam "aktiviti pemisah anti-China di bawah nama agama".
"Kami menggesa pihak AS untuk mengakui sepenuhnya sifat pemisah anti-China kumpulan Dalai, menghormati komitmen yang telah dibuat oleh AS kepada China mengenai isu-isu berkaitan Xizang (Tibet), dan berhenti menghantar isyarat yang salah kepada dunia," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dalai Lama
#India
#kongres
#Amerika Syarikat
#Tibet
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan