awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Alpha teruja jayakan 'Assalamualaikum Terengganu'
PM Anwar dukacita insiden pegeboman masjid di Islamabad
Tiga kluster tibi di Kelantan babit sembilan kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Demi RM3,250, pempengaruh muda maut sahut cabaran minum arak

Gempak
Gempak
05/01/2025
04:30 MYT
Demi RM3,250, pempengaruh muda maut sahut cabaran minum arak
Leicester pernah mengaku sanggup melakukan cabaran dan aksi ekstrem untuk menampung kehidupan yang susah. - Gambar/ Gempak
SEORANG pempengaruh terkenal dari Thailand, Bank Leicester dilaporkan maut selepas melakukan cabaran meminum tiga botol alkohol dalam sebuah pesta yang diadakan pada 25 Disember lalu.
Pemilik nama sebenar Thanakarn Kanthee itu meninggal dunia pada usia 21 tahun, lapor Bangkok Post.
Menurut kronologi kes, Leicester yang terkenal sebagai pempengaruh yang akan menyahut cabaran melakukan aksi ekstrem itu tiba di sebuah pesta khas di Tha Mai di Chanthaburi sekitar pukul 11 malam waktu tempatan.
Dia dicabar untuk meminum alkohol atau arak dengan setiap 350 ml sebotol berharga RM1,080.
Pempengaruh tersebut didakwa menerima bayaran sebanyak RM3,250 untuk menghabiskan tiga botol alkohol tersebut.
Menerusi rakaman video di media sosial yang tersebar selepas kematiannya, dia dilihat menghabiskan dua botol alkohol dalam masa 20 minit.
Leicester kemudian muntah dan hilang pertimbangan selepas menghabiskan cabaran lalu dikejarkan ke sebuah hospital berdekatan sebelum diumumkan mati pada pukul 3.40 pagi.
Menerusi bedah siasat yang dijalankan, pempengaruh itu maut selepas mengalami serangan jantung.
Ekoran kematiannya, polis menahan dua orang pempengaruh yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes tersebut.
Terdahulu Leicester pernah mengaku sanggup melakukan cabaran dan aksi ekstrem untuk menampung kehidupan yang susah.
Dia tinggal bersama nenek yang berusia 80 tahun dan telah menjagakan sejak kecil. - Gempak
Topic Berkaitan
#Bank Leicester
#pempengaruh thailand
#meninggal dunia
#minum arak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan