awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Nigeria lancar operasi cari 28 pengembara diculik di wilayah tengah
Norway perkenal ujian darah untuk kesan perubahan otak berkaitan Alzheimer
Negara perlu cepat adaptasi ilmu AI, garis panduan keselamatan - MCCA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Demokrat ikrar ubah perundangan pemilikan senjata

Astro Awani
Astro Awani
24/03/2021
00:31 MYT
Demokrat ikrar ubah perundangan pemilikan senjata
Pemimpin Majoriti Senat, Charles Schumer berikrar membawa undang-undang berkenaan ke Senat. - Foto REUTERS
WASHINGTON DC: Senat Demokrat sedang berusaha untuk mengubah undang-undang pemilikan senjata api ketika Amerika Syarikat baharu sahaja berdepan dengan kejadian tembakan rambang ke atas orang ramai.
Pemimpin Majoriti Senat, Charles Schumer berikrar membawa undang-undang berkenaan ke Senat bagi mewajibkan keperluan pemeriksaan latar belakang dalam penjualan dan pemindahan senjata.
“Bagi menghormati mangsa tembakan rambang ini, bendera di Capitol akan dikibarkan separuh tiang hari ini.
“Insiden ini merupakan satu tragedi dan berlaku kurang seminggu selepas lapan individu terkorban dalam kejadian tembakan di Georgia.
“Dalam mendepani wabak COVID-19, rakyat di negara ini terpaksa berdepan dengan keganasan melibatkan senjata api yang telah meragut nyawa orang tidak bersalah,” jelasnya.
Reformasi besar itu dijangka dilakukan ketika mana Kongres dalam keadaan berpecah belah dari segi sokongan.
Jawatankuasa Kehakiman Senat mengadakan perbicaraan mengenai cadangan pengawalan senjata pada Selasa, sehari selepas kejadian tembakan rambang di pasar raya Boulder, Colorado yang meragut nyawa 10 individu.
Topic Berkaitan
#tembakan
#undang-undang
#COVID-19
#Washington
#Amerika Syarikat
#mangsa
#keganasan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan