awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Demonstrasi pro-Palestin menentang sokongan AS terhadap Israel

Astro Awani
Astro Awani
08/10/2023
22:45 MYT
Demonstrasi pro-Palestin menentang sokongan AS terhadap Israel
Beberapa penunjuk perasaan membawa sepanduk bertulis 'Tamatkan Bantuan AS' dan 'Penentangan Bukanlah Keganasan' sejak Sabtu. - Foto REUTERS
NEW YORK: Ratusan penunjuk perasaan pro-Palestin berkumpul di Times Square di New York City, Amerika Syarikat (AS) pada Ahad, bagi menentang sokongan AS terhadap Israel.
Beberapa penunjuk perasaan membawa sepanduk bertulis 'Tamatkan Bantuan AS' dan 'Penentangan Bukanlah Keganasan' sejak Sabtu.
Bagaimanapun, Gabenor New York, Kathy Hochul mengecam perhimpunan tersebut, sambil menyifatkan ia adalah langkah yang menjijikkan secara moral.
Dalam pada itu, Setiausaha Pertahanan Lloyd Austin berkata, AS akan menghantar bantuan ketenteraan termasuk beberapa kapal tentera dan pesawat terhadap Israel sebagai tanda sokongan.
Washington percaya serangan terbaharu pejuang Hamas mungkin bermotifkan untuk mengganggu potensi normalisasi hubungan Israel-Arab Saudi.
Pejuang Hamas pada Sabtu melancarkan serangan di bandar-bandar Israel susulan peningkatan serangan oleh tentera Israel di Masjid al-Aqsa sejak kebelakangan ini.
Serangan Hamas yang dilancarkan pada waktu Subuh pada hari Sabtu yang terbesar ke atas Israel sejak Mesir dan Syria melancarkan serangan mengejut dalam usaha untuk menuntut semula wilayah yang hilang dalam perang Yom Kippur 50 tahun lalu.
Topic Berkaitan
#rejim Zionis
#Palestin
#tunjuk perasaan
#bantuan AS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan