awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AS desak India, Pakistan cari jalan redakan ketegangan

Bernama
Bernama
10/05/2025
09:20 MYT
AS desak India, Pakistan cari jalan redakan ketegangan
Rubio menyampaikan mesej itu dalam perbualan telefon dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Pakistan Ishaq Dar serta Menteri Luar India Subrahmanyam Jaishankar. - Foto Reuters
NEW DELHI: Amerika Syarikat (AS) menggesa India dan Pakistan agar "mencari jalan" dan "mengenal pasti kaedah" untuk meredakan ketegangan ketenteraan antara kedua-dua negara.

Ringkasan AI
  • Setiausaha Negara AS, Marco Rubio, menghubungi Menteri Luar kedua-dua negara untuk menekankan perlunya mencari kaedah bagi mengurangkan konflik serta memulihkan komunikasi langsung.
  • Rubio menawarkan bantuan AS dalam memudahkan perbincangan bagi mengelakkan pertikaian berulang serta menekankan pentingnya dialog konstruktif antara kedua-dua negara.
  • Ketegangan meningkat selepas Pakistan melancarkan "Operasi Bunyan-ul-Marsoos" sebagai tindak balas terhadap serangan udara India ke atas beberapa pangkalan udara utama Pakistan.

Setiausaha Negara AS Marco Rubio menyampaikan mesej itu dalam perbualan telefon dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Pakistan Ishaq Dar serta Menteri Luar India Subrahmanyam Jaishankar.
"Setiausaha Rubio menekankan bahawa kedua-dua pihak perlu mengenal pasti kaedah untuk meredakan ketegangan dan mengembalikan komunikasi secara langsung bagi mengelakkan salah perhitungan," kata jurucakap Jabatan Negara AS, Tammy Bruce pada Sabtu berhubung perbualannya dengan menteri luar India.
Ketika berbual dengan Dar, Rubio mengulangi pendiriannya bahawa kedua-dua negara Asia Selatan itu "perlu mencari jalan untuk meredakan situasi semasa."
Rubio turut mencadangkan sokongan AS dalam memudahkan "perbincangan yang membina bagi mengelakkan pertikaian pada masa hadapan."
Setiausaha Negara AS itu juga membincangkan situasi serantau bersama ketua AngkatanTentera Pakistan, Jeneral Syed Asim Munir.
Krisis antara India dan Pakistan pada Sabtu memasuki fasa bahaya susulan pelancaran "Operasi Bunyan-ul-Marsoos" oleh Pakistan bagi menyasarkan sasaran di India, selepas serangan udara India ke atas beberapa pangkalan udara utama Pakistan.
Kenyataan itu boleh dilayari di https://www.state.gov/press-releases/.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ketegangan India Pakistan
#Marco Rubio
#Amerika Syarikat
#redakan ketegangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami