awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Johor bakal kaji semula potensi penggunaan air bawah tanah untuk pusat data - Exco
Rizalman bersyukur, jariah bina Surau Ar Rijal bersama penderma Yayasan RI terlaksana
Pekerja Bangladesh maut dihempap kren di Jalan Perak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dewan Perwakilan Indonesia lulus Budi Gunawan sebagai Ketua Polis

Astro Awani
Astro Awani
16/01/2015
01:36 MYT
Dewan Perwakilan Indonesia lulus Budi Gunawan sebagai Ketua Polis
Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia (DPR) telah meluluskan Komander Jeneral Budi Gunawan sebagai Ketua Polis Indonesia yang baru. - Gambar Fail
Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia (DPR) telah meluluskan Komander Jeneral Budi Gunawan sebagai Ketua Polis Indonesia yang baru, pada Khamis.
Menurut laporan Jakarta Post, DPR memberi sokongan kepada calon pilihan Presiden Indonesia, Jokowi Widodo, di dalam satu sidang plenary yang dipengerusikan oleh Timbalan Speaker Dewan Taufik Kurniawan.
Semasa sidang plenary itu, dilaporkan kesemua 10 kumpulan politik memberi sokongan kepada pencalonan Budi.
DPR memberikan sokongan politik itu selepas Suruhanjaya III Undang-Undang meluluskan pencalonan Budi susulan ujian "layak dan sesuai" yang dijalankan suruhanjaya itu pada Rabu.
Selepas kelulusan ini, Jokowi bakal menentukan nasib Budi sama ada beliau akan menjadi Ketua Polis Indonesia yang baru atau memilih orang lain untuk jawatan tersebut.
Penamaan Budi menjadi topik hangat apabila Suruhanjaya Pembanterasan Korupsi Indonesia (KPK) mengisytiharkan Budi sebagai salah seorang suspek rasuah pada Selasa iaitu sehari sebelum Budi menjalani saringan di DPR.
Budi didakwa menerima rasuah semasa beliau menjadi Ketua Biro Pembangunan Kerjaya di Ibu Pejabat Polis di antara tahun 2003 dan 2006.
Beliau adalah salah seorang daripada beberapa Jeneral polis yang dilaporkan mempunyai akaun bank yang mencurigakan pada tahun 2010.
Pada Julai 2013, aset Budi dilaporkan bernilai RP22.66 bilion.
Pada Rabu, KPK telah meminta pejabat imigresen Indonesia untuk melarang Budi daripada meninggalkan negara.
Budi merupakan calon tunggal untuk mengisi jawatan Ketua Polis Indonesia bagi menggantikan Jeneral Polis Sutarman yang bakal tamat perkhidmatannya Oktober ini.
Topic Berkaitan
#Budi Gunawan
#Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia (DPR)
#Ketua Polis Indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan