PHNOM PENH: Dewan Rakyat Kemboja pada Selasa mengesahkan Hun Manet sebagai perdana menteri negara itu yang baharu untuk tempoh lima tahun selepas Parti Rakyat Kemboja (CPP) yang dipimpinnya mencatat kemenangan besar dalam pilihan raya umum pada 23 Julai, lapor Xinhua.
Menurut penyiar TVK yang dikendalikan kerajaan, kira-kira 123 ahli parlimen yang hadir sebulat suara mengundi beliau sebagai perdana menteri Kemboja yang baharu.
Dewan Rakyat juga meluluskan anggota Kabinet baharu Hun Manet untuk penggal 2023-2028.
Hun Manet, 45, menggantikan bapanya Samdech Techo Hun Sen, 71, yang meletak jawatan selepas memegang jawatan itu selama lebih 38 tahun.
Menurut jadual rasmi, Hun Manet dan anggota Kabinetnya akan mengangkat sumpah pada petang Selasa di Istana Diraja di bawah naungan Raja negara itu, Norodom Sihamoni.
Berucap di parlimen selepas pengundian, Hun Manet berkata ini adalah hari bersejarah bagi Kemboja selain beliau menyatakan rasa terima kasih yang mendalam kepada semua ahli parlimen kerana memberikan undi percaya kepada beliau dan anggota Kabinetnya.
Beliau berikrar untuk memellihara kemerdekaan, kedaulatan, integriti wilayah, keamanan, kestabilan, keselamatan serta meningkatkan lagi ekonomi.
"Kerajaan baharu komited untuk bekerja lebih keras untuk mempercepatkan pembangunan sosioekonomi dan menggalakkan pelaksanaan pembaharuan yang lebih mendalam dan lebih luas," kata Hun Manet.
"Kerajaan akan memberi keutamaan kepada reformasi tadbir urus bagi memperkukuh institusi negara, membina pentadbiran yang bersih, meningkatkan kedaulatan undang-undang dan keadilan sosial, serta meningkatkan kualiti perkhidmatan awam," tambahnya.
Beliau berkata kerajaan juga akan mengutamakan pelaburan dalam pembangunan teknologi, ekonomi hijau, infrastruktur fizikal, perlindungan sosial dan sumber manusia, terutamanya dalam pendidikan dan kesihatan.
--BERNAMA-XINHUA
Bernama
Tue Aug 22 2023
Hun Manet, 45, menggantikan bapanya Samdech Techo Hun Sen, 71, yang meletak jawatan selepas memegang jawatan itu selama lebih 38 tahun. - Reuters
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Harimau Malaya sekadar kongsi mata dengan Kemboja
Malaysia memulakan kempen Piala ASEAN 2024 dengan kurang meyakinkan apabila sekadar meraih keputusan seri 2-2 dengan Kemboja pada aksi pertama Kumpulan A di Stadium Olimpik Nasional Phnom Penh.
Piala ASEAN: Pertemuan dengan Kemboja tidak mudah - Pau Marti
Ketua jurulatih pasukan bola sepak Malaysia Pau Marti Vicente sedar bahawa perlawanan pembukaan Kumpulan A Piala ASEAN 2024 mereka bertemu Kemboja bukanlah sesuatu yang mudah.
Terpengaruh gaji lumayan, dua sahabat jadi mangsa sindiket penipuan di Kemboja
Dua sahabat yang ditawarkan pekerjaan di kasino dengan gaji RM4,000 sebulan di Kemboja akhirnya menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan di negara itu.
Juadah Malaysia: Raikan nostalgia diaspora, pikat selera Kemboja di Phnom Penh
Juadah ini menyampaikan mesej yang mendalam, melangkaui sempadan dan membangkitkan rasa identiti Malaysia.
Malaysia, Kemboja lancarkan jalinan pembayaran QR rentas sempadan - BNM
Menerusi jalinan ini, pengguna dan peniaga di kedua-dua negara boleh membuat dan menerima pembayaran rentas sempadan melalui kod QR secara masa nyata.
Bom tinggalan perang seberat 340kg ditemukan di Kemboja
Bom M117 itu dengan berat keseluruhan kira-kira 340 kilogram ditemukan di kawasan sawah padi di daerah Kandal Steung.
Kemboja lancar kad e-Ketibaan untuk penumpang penerbangan bulan depan - PM
Kad e-Ketibaan digital ini akan menggantikan borang kertas untuk pengisytiharan imigresen, kesihatan dan kastam.
Perdagangan Kemboja dengan ASEAN meningkat 11.6 peratus separuh pertama 2024
Kerajaan Kemboja mengeksport produk bernilai AS$2.68 bilion ke negara ASEAN lain dalam tempoh Januari-Jun tahun ini.
Kemboja catat peningkatan mangsa periuk api, sisa letupan perang
Kemboja merekodkan 35 kematian akibat periuk api dan sisa letupan perang (ERW) pada separuh pertama 2024, meningkat hampir 67 peratus berbanding 21 kes pada tempoh yang sama tahun lalu.
Singapura, Kemboja catat kes tibi lebih rendah
Kumpulan umur yang lebih tua dan lelaki terus membentuk sebahagian besar kes tibi aktif baharu di Singapura.