PATNA: Seorang remaja perempuan diperkosa di sebuah rumah terbengkalai setelah terpedaya dengan janji akan diberikan vaksin COVID-19.
Insiden malang di bandar Patna pada Selasa itu berlaku ketika India dilanda gelombang kedua jangkitan pandemik yang kian meruncing.
Portal TheSunUK dalam laporannya menyebut dua suspek berkenaan -- Mantu dan Rocky -- telah merogol gadis malang tersebut selepas berjanji untuk memberikan vaksin kepadanya.
Kedua-dua suspek dikatakan membawa gadis itu ke rumah tinggal dan memperkosanya selama satu jam sebelum melarikan diri dari tempat kejadian.
Pemeriksaan perubatan terhadap mangsa mengesahkan kejadian rogol itu.
Kedua-dua suspek ditangkap sehari kemudian dan dipenjarakan di balai polis Malsalami.
"Mereka telah ditahan di bawah 376D dan siasatan sedang dijalankan.
"Kami juga akan melihat sama ada mereka pernah terlibat dalam kes lain sebelum ini," kata seorang jurucakap polis.
Mangsa yang ditemui pemberita berkata dia telah merayu agar dibebaskan, namun gagal.
“Saya merayu di hadapan mereka untuk lepaskan saya, tapi mereka bersikap seperti binatang.
"Mereka tampar saya berulang kali. Mereka bawa saya ke sebuah rumah dan mula memegang saya.
"Sebelum saya sempat melarikan diri, mereka ikat kaki dan tangan saya dan tutup mulut saya dengan sapu tangan," kata mangsa.
Gadis yang trauma itu akhirnya berjaya membebaskan diri dan menceritakan tragedi itu kepada ibunya.
Polis dalam pada itu juga sedang mengesahkan usia mangsa.
"Sekiranya dia berusia di bawah 18 tahun, Akta Perlindungan Kanak-Kanak Terhadap Kesalahan Seksual (POCSO) juga akan dikenakan dalam kertas pertuduhan terhadap suspek," kata pegawai penyiasat.
Astro Awani
Fri Apr 30 2021

Seorang remaja perempuan diperkosa di sebuah rumah terbengkalai setelah terpedaya dengan janji akan diberikan vaksin COVID-19. -Gambar hiasan

Sultan Nazrin berkenan rasmi, berbuka puasa di Masjid Al-Ikhwan
Baginda kemudiannya berkenan menanam pokok di perkarangan bangunan sebelum merasmikan masjid itu.

Sabah tidak iktiraf tuntutan pihak mengaku waris kumpulan Sulu - Hajiji
Kerajaan negeri dan seluruh rakyat sama sekali tidak mengiktiraf sebarang tuntutan oleh pihak yang mengaku waris kumpulan Sulu ke atas negeri ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

BNM teliti perubahan dinamik dalam inflasi untuk kestabilan harga
Bank Negara Malaysia (BNM) sedang meneliti perubahan dinamik dalam inflasi untuk mempertimbangkan tahap kestabilan harga yang sesuai yang akan terus menyokong pertumbuhan mampan pada masa hadapan.

Ramadan: Segelintir individu ambil kesempatan mengemis, minta sedekah
Tindakan tegas akan diambil jika terdapat pihak tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan dengan mengemis dan meminta sedekah.

Sukan SEA: Laluan lebih landai bukan jaminan skuad berbasikal lebuh raya raih emas
Laluan lebih landai bagi acara berbasikal lebuh raya di Sukan SEA, bukan jaminan buat skuad berbasikal negara mudah meraih pingat emas pada temasya dwitahunan itu yang akan berlangsung Mei ini.

Liga Super: Safee kecewa penyerang tempatan kurang bermain
Bekas penyerang kebangsaan Safee Sali hampa apabila penyerang tempatan kurang mendapat minit permainan dalam saingan Liga Super 2023 setakat ini.

Shahmalarani tekad pertahan emas di Kemboja
Pingat perak yang diraih di SEAKF ke-10 tidak melunturkan semangat C. Shahmalarani untuk mempertahankan pingat emas dimenanginya di Sukan SEA, Kemboja pada Mei ini.

Ujian tekanan buktikan institusi kewangan berdaya tahan walaupun di bawah simulasi kejutan teruk
BNM berkata keputusan ujian tekanan terus mengesahkan daya tahan institusi kewangan walaupun di bawah simulasi kejutan yang teruk.

CBP rasmi outlet Ar Rahnu pertama di Gombak
Co-opbank Pertama (CBP) merasmikan outlet Ar Rahnunya yang pertama di KL Traders Square, Kuala Lumpur.

Wanita Malaysia jana lebih RM176 juta pada 2022 sebagai hos - Airbnb
Airbnb berkata wanita Malaysia secara kolektif memperoleh lebih RM176 juta pada 2022 dengan membenarkan hartanah mereka dibuka kepada tetamu sebagai rumah inap dan merasai pengalaman jangka pendek.

Dakwaan rogol remaja: Siasatan merangkumi semua aspek, telus - Polis Kedah
Polis Kedah akan menjalankan siasatan terperinci dan telus melibatkan pegawai polis yang disyaki merogol seorang remaja perempuan berusia 16 tahun, Sabtu lalu.

Dijanjikan vaksin COVID-19, sebaliknya diperkosa di rumah tinggal
Mereka ikat kaki dan tangan saya dan tutup mulut saya dengan sapu tangan, kata mangsa.

Seorang lagi lelaki warga asing didakwa rogol remaja tempatan bawah umur
Mohammad Hassan Mohammad Rafik, 24, pengawal keselamatan, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan.

Rogol remaja depan orang lain, anggota tentera dipenjara
Tertuduh Muhamad Bukhori Mohd Zawawi, 21, telah merogol mangsa berusia 18 tahun sekitar jam 11 malam 15 Oktober 2015 di kawasan Bukit Peraksi, Semerak, Pasir Puteh, Kelantan

Remaja perempuan 16 tahun dirogol sebelum mati dibakar di India
Remaja yang menderita kesan terbakar sebanyak 90 peratus dalam serangan itu meninggal dunia di hospital pada Rabu.