Kami di Astro AWANI juga sedang menanti kelahiran bayi diraja atau digelar Bayi Cambridge oleh pasangan Kate dan William. Spekulasi tarikh bersalin datang dan pergi – 13 dan 17 Julai menjadi ramalan ramai – adakah anda juga tertanya-tanya dimanakah agaknya Duchess of Cambridge?

Adakah beliau di lokasi mewah seperti di Istana, situasi yang menyaksikan media dunia terus berteka-teki tentang kelahiran bayi beliau? Dan sebelum kehidupan beliau berubah dengan kelahiran bayi sulung? Sementara beliau menunggu, laman portal E! Online khabarnya melaporkan tentang lokasi sebenar Kate Middleton berada.

Duchess berkenaan dilaporkan melakukan sesuatu yang lazim dilakukan seperti wanita lain di seluruh dunia – iaitu berpindah ke rumah ibu bapa beliau. Putera William juga sedang bersiap sedia. Sebuah helikopter jsudah bersiap sedia untuk membawa Putera William ke sisi isterinya ketika beliau mahu bersalin.

Sementara itu, kenyataan Camilla, Duchess of Cornwall ketika melawat Devon dan Cornwall baru-baru ini turut mendapat perhatian media dunia. Semalam beliau berkata, “Saya berharap hujung minggu ini dia (bayi diraja) akan disambut.” Jadi, mungkinkah hujung minggu ini? Ini adalah satu petunjuk terbaik!

Usah ketinggalan detik penantian ini, kongsi pendapat anda tentang Bayi Cambridge bersama kami – gunakan ruang komen di bawah. Kami juga berada di Facebook, Twitter, Instagram dan Aplikasi AstroAwani.