awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Diplomat EU akan hubungi kerajaan baharu Syria di Damsyik - Kallas

Bernama
Bernama
17/12/2024
00:10 MYT
Diplomat EU akan hubungi kerajaan baharu Syria di Damsyik - Kallas
Kallas membunyikan loceng menandakan bermulanya mesyuarat menteri luar EU di bangunan Majlis Eropah di Brussels, 16 Dis 2024. (Foto AP)
GENEVA: Ketua dasar luar Kesatuan Eropah (EU) pada Isnin berkata bahawa beliau mengarahkan diplomat tertinggi blok itu di Syria untuk pergi ke Damsyik dan mengadakan hubungan dengan kerajaan baharu Syria, lapor Agensi Anadolu.
"Saya menugaskan diplomat tertinggi EU di Syria untuk ke Damsyik bagi mengadakan hubungan dengan kerajaan baharu dan rakyat di sana.
"Diplomat kami akan ke Damsyik hari ini," kata Kaja Kallas kepada media sebelum mesyuarat menteri luar EU di Brussels.
Beliau turut menyebut bahawa para menteri luar EU dalam mesyuarat di Brussels pada Isnin akan membincangkan cara dan tahap mereka akan berinteraksi dengan kepimpinan baharu Syria.
"Adalah sangat penting bagi pelaku serantau serta antarabangsa untuk melihat gambaran yang sama dan keinginan agar negara ini stabil, aman dan memiliki kerajaan yang merangkumi semua pihak," katanya sambil merujuk kepada mesyuarat pada Sabtu di Jordan bersama negara-negara Arab, Turkiye dan Amerika Syarikat mengenai isu itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#diplomat EU
#Syria
#kerajaan baharu
#Kaja Kallas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan