awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LHDN kenal pasti 14,858 pemastautin cukai Malaysia dengan baki kewangan luar negara lebih RM10bilion
Polis keluar 247 saman, sita 117 motosikal dalam operasi bersepadu
K-pop Demon Hunters cipta sejarah ketika Anugerah Grammy bermula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Disangka berlaku 'kebocoran gas' di pasar raya, rupanya bau durian

Astro Awani
Astro Awani
19/10/2021
04:22 MYT
Disangka berlaku 'kebocoran gas' di pasar raya, rupanya bau durian
Anggota bomba yang melakukan pencarian hanya menemui beberapa biji durian dalam salah satu kedai di pasar raya terbabit. - Gambar hiasan
PASUKAN bomba dikerah di ibu kota Australia, Canberra selepas menerima laporan kebocoran gas di bandar berkenaan.
Namun mereka hanya menemui beberapa biji durian yang dikatakan punca kepada bau itu, lapor Spruce Eats.
Kejadian pada Jumaat itu berlaku di sebuah kedai yang terletak di dalam pasar raya popular, memetik laporan The Straits Times.
Perkhidmatan Kecemasan Canberra dalam satu kenyataan berkata, anggota bomba yang melakukan pencarian hanya menemui beberapa biji durian dalam salah satu kedai di pasar raya terbabit dan bukan kebocoran gas seperti yang disangkakan.
"Kejadian tidak melibatkan kebocoran gas hanya bau daripada beberapa biji buah durian yang ditemui di dalam sebuah kedai.
"Buah ini memang mengeluarkan bau yang kuat dan boleh dihidu dalam jarak yang jauh," jelas kenyataan itu.
Pada 2018, 600 pelajar universiti serta pensyarah di negara itu diarah mengosongkan bangunan selepas mengidu bau seperti kebocoran gas.
Pencarian oleh pasukan keselamatan menemui buah durian yang telah reput di dalam salah satu almari dalam sebuah kelas.
CNN melaporkan insiden sama yang berlaku di sebuah pejabat pos di Jerman selepas menerima bungkusan dengan bau yang kuat.
12 posmen menerima rawatan kecemasan manakalan enam lagi dikejarkan ke hospital sebagai langkah berjaga-jaga.
Bungkusan yang mengandungi empat biji durian Thailand kemudian dihantar kepada penerima.
Topic Berkaitan
#durian
#kebocoran gas
#bomba
#pasar raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan