awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Disangka harimau jadian, harimau sumatera dirodok dan digantung pada siling

Agensi
Agensi
06/03/2018
08:03 MYT
Disangka harimau jadian, harimau sumatera dirodok dan digantung pada siling
Harimau Sumatran merupakan haiwan terancam dan hampir pupus dan hanya sekitar 400 ekor masih hidup. Gambar/Reuters.
Seekor harimau sumateran telah dibunuh dan digantung pada siling untuk tontonan umum di sebuah perkampungan di Utara Sumatera, Indonesia kerana disangka harimau jadian.
Memetik laporan Sky News, harimau yang sedang tidur di bawah rumah seorang penduduk di Kampung Hutapangan itu, telah diserang bertubi-tubi dengan lembing.
Dua penduduk kampung cedera parah selepas mengekori haiwan tersebut ke tempat tinggalnya di hutan pada Ahad lalu.
Pegawai pemuliharaan telah memberi amaran kepada penduduk kampung agar tidak mencederakan harimau terbabit namun tidak diendahkan.
Dipercayai bahawa harimau tersebut didapati berkeliaran lebih kurang selama sebulan di kawasan kampung tersebut dan penduduk percaya ia seekor harimau jadian.
Ketua Agensi Pemuliharaan Tempatan, Hotmauli Sianturi kesal dengan perbuatan oleh penduduk kampung tersebut.
"Malangnya mereka tidak mendengar. Penduduk kampung berkeras ingin membunuh harimau tersebut.
“Selepas membunuh harimau tersebut, penduduk kampung bertindak menggantung harimau terbabit sebagai pameran. Ia amat dikesali,” katanya.
Topic Berkaitan
#haiwan terancam
#harimau jadian
#Hotmauli Sianturi
#Hutapangan
#sumatera utara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan