KUALA LUMPUR: Ketika berada di Warsaw, Poland awal bulan ini, Dr Muruga Raj Rajathurai terpanggil untuk menjadi sukarelawan perubatan di pusat perlindungan pelarian Ukraine.
Beliau berkhidmat sebagai sukarelawan di Stesen Sentral Warsaw selama 11 hari, memberi rawatan perubatan kepada beribu-ribu rakyat Ukraine yang menyeberang ke Poland untuk melarikan diri daripada operasi ketenteraan Rusia.
Berkongsi pengalamannya, Dr Muruga berkata disebabkan bimbang dengan keselamatan tiga anaknya dan dua anak abangnya yang menuntut di Universiti Perubatan Warsaw, beliau memutuskan untuk ke Poland pada 3 Mac.
"Selepas memastikan mereka selamat, anak saya cerita ada ramai pelarian Ukraine mula datang ke Stesen Sentral Warsaw untuk mencari perlindungan.
"Jadi saya ambil keputusan untuk berkhidmat sebagai sukarelawan perubatan dari 8 hingga 19 Mac," kata doktor di sebuah poliklinik di Johor itu kepada Bernama.
Dr Muruga yang juga Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) berkata amat menyedikan melihat keadaan pelarian, terutamanya kanak-kanak yang hanya berbekalkan sedikit barang keperluan terpaksa berpisah dengan keluarga untuk menyeberang ke Poland.
"Keadaan menjadi lebih huru-hara apabila semua lelaki Ukraine berumur 18 hingga 60 tahun dilarang meninggalkan negara mereka buat sementara.
"Ramai meninggalkan Ukraine dan melintasi sempadan untuk mencari perlindungan di Poland dengan meninggalkan bapa, anak lelaki, abang, suami mereka di rumah. Tiada komunikasi antara mereka," katanya.
Beliau berkata mereka melarikan diri tanpa sebarang dokumen peribadi atau ubat-ubatan yang diperlukan.
"Kebanyakan pelarian alami tekanan dan kebimbangan kerana tidak pasti bila boleh balik semula ke tanah air mereka.
Sekurang-kurangnya 1,000 pelarian menerima rawatan perubatan di pusat itu setiap hari.
Menurut Dr Muruga, sepanjang masa, sukarelawan di pusat itu termasuk beliau dan pasukan perubatannya berusaha sedaya upaya untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik.
"Saya juga tersentuh dengan usaha kemanusiaan dan keprihatinan warga Poland dalam membantu pelarian Ukraine di negara mereka," katanya yang mewarisi minat bapanya, C. Rajathurai yang juga terlibat dengan aktiviti sosial.
Anak-anaknya turut membantu usaha mengumpul dana untuk pelarian dengan melibatkan diri bersama badan antarabangsa seperti Persatuan Palang Merah.
"Selain itu anak lelaki saya juga membantu mendapat dan mengagihkan makanan setiap hari kepada pelarian," katanya yang kembali ke Malaysia pada 21 Mac.
Menurut anggaran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, lebih 1,000 orang awam terbunuh di Ukraine dan 1,650 dilaporkan cedera, manakala lebih 3.67 juta rakyat Ukraine melarikan diri ke negara jiran, sejak Rusia melancarkan operasi ketenteraan pada 24 Feb.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 26 2022
Antara kanak-kanak yang berlindung di pusat pelarian di Warsaw. - Foto AP
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Misteri 'fenomena UFO' undang resah
Rangkaian media melaporkan insiden itu turut mencetuskan pelbagai spekulasi dan teori konspirasi di platform media sosial.
Panduan Belanjawanku 2024/2025: Panduan nilai pendapatan cukup untuk hidup
Hafidzi Razali, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, membincangkan Panduan Belanjawanku 2024/2025 dan Rangka Kerja Kecukupan Pendapatan Persaraan (RIA) untuk membantu rakyat Malaysia merancang kewangan dengan lebih baik.
AWANI Ringkas: Kerosakan jalan dan cerun kerana banjir
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 13 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 13 Disember 2024
1️⃣ Kerosakan jalan dan cerun kerana banjir
2️⃣ Isu kadar premium insurans
3️⃣ Krisis Syria
#awaniringkas
1️⃣ Kerosakan jalan dan cerun kerana banjir
2️⃣ Isu kadar premium insurans
3️⃣ Krisis Syria
#awaniringkas
Tambah kuota haji: Mohamad sampaikan permohonan Malaysia
Malaysia telah menyampaikan permohonan kepada Arab Saudi agar kuota haji negara dapat ditambah.
Niaga SPOTLIGHT: The Generational Wealth Revolution – Millennials & Gen Z Redefining Wealth
By 2045, a staggering USD 84 trillion will move from the hands of Baby Boomers to Millennials and Gen Z in a massive generational transfer of wealth.
Millennials and Gen Z are emerging as both creators and inheritors of wealth, shaping a future where investing is driven by technology, values, and global perspectives.
NIAGA SPOTLIGHT features Nirbhay Handa, Co-Founder & CEO, Multipolitan, delving into how technology, sustainability, and value-driven investing is reshaping wealth management for younger generations and its impacts on the wealth management landscape.
Millennials and Gen Z are emerging as both creators and inheritors of wealth, shaping a future where investing is driven by technology, values, and global perspectives.
NIAGA SPOTLIGHT features Nirbhay Handa, Co-Founder & CEO, Multipolitan, delving into how technology, sustainability, and value-driven investing is reshaping wealth management for younger generations and its impacts on the wealth management landscape.
Kerajaan Syria gantung Perlembagaan, Parlimen tiga bulan
Satu jawatankuasa kehakiman dan hak asasi manusia akan dibentuk untuk mengkaji Perlembagaan dan kemudian memperkenalkan pindaan.
Kerajaan baharu Syria ucap terima kasih kepada negara yang membuka semula misi diplomatik
Lapan negara yang sudah membuka misi diplomatik mereka di Syria ialah Mesir, Iraq, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Jordan, Bahrain, Oman dan Itali.
Serangan Rusia di Ukraine ragut 9 nyawa, 20 cedera
Rakaman di lokasi turut menunjukkan api marak dari bangunan yang musnah bersama beberapa kereta yang terbakar dengan mayat di dalamnya.
Zelensky kemuka syarat baharu gencatan senjata, Moscow berdiam diri
Zelensky menyuarakan kesediaannya untuk menamatkan fasa "panas" konflik dengan Rusia sekiranya keanggotaan Ukraine dalam NATO dipercepat.
Rusia serang infrastruktur tenaga Ukraine, jutaan terjejas
Serangan tersebut adalah tindak balas terhadap penggunaan peluru berpandu jarak sederhana (ATACMS) oleh Ukraine, yang dibekalkan AS.
KPT semak kesahihan pelajar Malaysia jadi tentera upahan di Ukraine
KPT akan mendapatkan maklumat lengkap berhubung dakwaan seorang pelajar Malaysia yang sedang mengikuti pengajian di luar negara terlibat sebagai tentera upahan di Ukraine.
Pentagon sahkan tentera Korea Utara di Kursk, Rusia
Maklumat awal mencadangkan Rusia mungkin meletakkan tentera Korea Utara dalam peranan infantri menentang tentera Ukraine.
Populasi Ukraine dianggar menurun sebanyak 10 juta sejak 2014 - UNFPA
Florence Bauer berkata, lapan juta daripada penurunan jumlah populasi itu berlaku sejak konflik Moscow-Kyiv pada 2022.
Warga AS dihukum penjara lebih 6 tahun oleh mahkamah Moscow dalam kes tentera upahan
Mahkamah mendapati Hubbard bersalah atas jenayah di bawah Perkara 359, Seksyen 3 Kanun Jenayah Persekutuan Rusia.
Rusia lapor tembak jatuh 125 dron Ukraine
Pertahanan udara Rusia telah menembak jatuh 125 dron Ukraine, menurut Kementerian Pertahanan pada Ahad, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Rusia, Ukraine tukar 206 tahanan dalam masa dua hari
Pertukaran tahanan itu berlaku selepas kejayaan rundingan di mana Emiriah Arab Bersatu (UAE) menjadi orang tengah.
Ukraine, Rusia saling bertukar lebih 100 tawanan perang
Rusia dan Ukraine pada Sabtu mengadakan pertukaran besar tawanan, dengan kedua-dua pihak menukar lebih daripada 100 askar yang ditawan.