awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Doktor rawat pesakit atas lantai Hospital Al-Amal Khan Younis

Agensi
Agensi
31/01/2024
23:45 MYT
Doktor rawat pesakit atas lantai Hospital Al-Amal Khan Younis
Khan Younis menyaksikan gelombang besar semasa minggu pertama konflik Israel dan Hamas, selepas tentera Israel mengarahkan penduduk awam mengosongkan bahagian utara Gaza atas alasan keselamatan. - Foto REUTERS
RAKAMAN dari Pertubuhan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) memaparkan para doktor terpaksa merawat pesakit di lantai Hospital Al-Amal di Khan Younis, pada Rabu.
Perkara itu dilaporkan Reuters yang berjaya mengesahkan lokasi dan tarikh rakaman video dengan jurucakap PRCS, Nebal Fersakh.
Khan Younis menyaksikan gelombang besar semasa minggu pertama konflik Israel dan Hamas, selepas tentera Israel mengarahkan penduduk awam mengosongkan bahagian utara Gaza atas alasan keselamatan.
Ketika ini, kawasan di selatan Gaza menghadapi pertempuran sengit antara pasukan Israel dan pemberontak Hamas, menjadikannya terlalu berbahaya untuk pesakit atau ambulans melintas.
Selepas pengepungan hospital, termasuk Hospital Nasser dan Hospital Al-Amal, ambulans berfungsi sebagai klinik bergerak di kawasan tersebut.
Kebanyakan hospital telah berhenti beroperasi sepenuhnya atau melakukannya dalam keadaan sukar, dengan peralatan serta ubatan yang tidak mencukupi, serta kemasukan pesakit tanpa henti, termasuk penduduk yang mencari perlindungan di premis hospital.
Despite ongoing bombardment and gunfire, the medical teams at PRCS Al-Amal Hospital in #KhanYunis persist in treating the wounded and patients. Today, the hospital received seven martyrs, including a PRCS employee, and attended to nine injuries. The siege and targeting have pic.twitter.com/KAdz7HxCyj
— PRCS (@PalestineRCS) January 31, 2024
Topic Berkaitan
#Israel
#Hamas
#Khan Younis
#Gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan