JAKARTA: Dua anak lelaki Presiden Joko Widodo atau Jokowi, Gibran Rakabuming dan Kaesang Pangarep mencuri perhatian rakyat Indonesia apabila dipanggil Komisi Pencegahan Rasuah (KPK) selepas dipercayai terlibat dalam aktiviti rasuah membabitkan kegiatan pembakaran hutan secara haram.
Mereka dipanggil KPK selepas pihaknya menerima laporan daripada pensyarah Universiti Negeri Jakarta (UNJ), Ubedilah Badrun yang juga seorang aktivis sosial.
Memetik portal tempatan Kompas, dua beradik itu didakwa terlibat dengan kegiatan pembakaran hutan secara haram dan telah disaman oleh Kementerian Lingkungan Hidup dan Perhutanan sebanyak 7.9 trilion rupiah (RM2.31 bilion) menerusi sebuah syarikat gergasi PT SM pada 2015.
Namun demikian, syarikat itu hanya diarah membayar saman sebanyak 78 bilion rupiah (RM22.9 juta) selepas diputuskan oleh mahkamah.
Menurut Ubedillah, pada Februari 2019, dua anak Jokowi menggabungkan perniagaannya dengan perusahaan PT SM dan memperoleh suntikan dana yang besar sehingga mereka boleh membeli saham dalam syarikat masing-masing.
“Persoalannya, bagaimana anak muda yang baru menubuhkan syarikat dengan mudah mendapat dana modal dalam jumlah yang cukup besar iaitu kira-kira 99.3 bilion rupiah (RM29 juta) jika mereka bukan anak Presiden?" soal Ubedillah.
Dalam masa sama, Ubedillah menggesa KPK segera memanggil Jokowi untuk memberikan penjelasan berhubung hal tersebut.
Agensi
Wed Jan 12 2022
Gibran Rakabuming dan Kaesang Pangarep dipanggil mengadap KPK selepas dipercayai terlibat dalam aktiviti rasuah.
Penggunaan ‘wilayah’ bagi Sarawak bertepatan dengan MA63
Penggunaan wilayah bagi merujuk Sarawak menggantikan negeri adalah bertepatan kerana di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) Sarawak diiktiraf sebagai wilayah dan bukannya negeri.
Nahas helikopter Lumut: Salah seorang mangsa anak jati Bukit Kepong
Komander Muhamad Amir Mohamad, Pegawai Memerintah Skuadron 502 TLDM yang berpangkalan di Lumut merupakan anak jati Bukit Kepong.
Jongkong emas bernilai RM585 juta dijual
Sejumlah 2,300 kilogram (kg) jongkong emas bernilai RM585 juta telah dijual hasil perlombongan emas di Bukit Mantri, Tawau yang mula beroperasi pada 2018.
RM651 juta pampasan dibayar kepada pemilik tanah
Sebanyak RM651 juta jumlah pampasan telah dibayar kepada 1,591 pemilik tanah dan struktur yang terlibat dalam pembinaan projek Lebuhraya Pan Borneo di Sabah.
Jabatan Perhutanan Sabah kutip hasil RM155.32 juta pada 2023
Jabatan Perhutanan Sabah berjaya mengutip hasil sebanyak RM155.32 juta pada 2023, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah diberitahu pada Selasa.
Nahas helikopter Lumut: 'Tak sangka Farah dalam helikopter terhempas'
Pegawai Waran II TNL Noorfarahimi Mohd Saedy adalah antara mangsa terkorban dalam nahas pesawat di Pangkalan TLDM Lumut pada Selasa.
Australia mahu perkukuh hubungan dengan Sabah
Australia berminat untuk mengukuhkan hubungan sedia ada dengan Sabah, selain melihat kepada peluang perdagangan baharu.
Jasad Joseph Kurup selamat dikebumikan
Jasad mendiang pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup selamat dikebumikan di Empire Paradise Christian Memorial Park, Penampang pada Selasa.
Nahas helikopter Lumut: 'Arwah orang yang baik, tegas dan hormat orang tua'
Jirannya, Mohd Nazri Abu Samah, 55, berkata, kali terakhir dia bertemu dengan Allahyarham hujung tahun lalu, ketika Allahyarham pulang menziarahi keluarganya.
Kem badminton perlu main peranan masing-masing untuk julang Piala Thomas
Semangat kerjasama ditunjukkan kem badminton ketika itu merupakan kunci kejayaan utama Malaysia berhasil menjulang piala itu, 32 tahun lepas.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Presiden Jokowi lawat pasar di Wilayah Jambi
Jokowi menekankan kepentingan menambah baik pasar untuk kesejahteraan peniaga dan keperluan memantau harga barangan keperluan.
Indonesia lantik menteri baharu ganti Mahfud MD
Presiden Joko Widodo menamakan Hadi Tjahjanto sebagai Menteri Penyelaras Politik, Perundangan dan Keselamatan yang baharu bagi menganggotai Kabinet yang berbaki lapan bulan sehingga Oktober 2024.
Pemilu 2024: Indonesia perlu tingkat hubungan perniagaan, pelaburan bersama Malaysia - Anies
Hubungan perniagaan, pelaburan dan perdagangan antara perusahaan di Malaysia dan Indonesia boleh ditingkatkan lagi.
Pemilu 2024: Jokowi selesai mengundi di TPS Gambir
Jokowi berkata, ini pesta demokrasi rakyat Indonesia, jadi beliau mengharapkan agar pemilihan hari ini berjalan lancar dan aman.
Pemilu 2024: Pilihan raya paling mencabar selepas Reformasi 1998 - Penganalisis
Pemilihan Umum (Pemilu) 2024 merupakan pilihan raya paling menarik dan mencabar untuk diperhatikan, selepas Reformasi 1998 di Indonesia.
Isu dinasti politik Jokowi jadi tumpuan Pemilu 2024 - Penganalisis
Isu dinasti politik yang dilihat cuba diusahakan oleh Presiden Joko Widodo terus menjadi tumpuan dalam Pemilihan Umum (Pemilu) 2024.
Pemilu 2024 dijangka berlangsung sebanyak dua pusingan - Lingkar Madani
Pemilihan Umum (Pemilu) 2024 dijangka berlangsung sebanyak dua pusingan.
Lawatan Mohamad bukti hubungan rapat, komprehensif Malaysia-Indonesia
Lawatan rasmi sulung Menteri Luar ke Jakarta merupakan bukti kepada hubungan akrab dan komprehensif antara Malaysia dan Indonesia.
Malaysia, Indonesia eratkan kerjasama ekonomi, tangani isu serantau
Antara yang disentuh dalam pertemuan itu adalah mempergiatkan semula aktiviti perdagangan sempadan di Tebedu dan Entikong.