Skip to main content

Dunia

Dua cedera dalam dron langgar apartment di Romania

41746327759_TBpoliceline.jpg
Inspektorat Am Romania bagi Situasi Kecemasan memaklumkan bahawa dron itu melanggar blok apartmen 10 tingkat dan kira-kira 70 penduduk dipindahkan. - Gambar hiasan

LONDON: Dua individu cedera dalam nahas dron di sebuah bangunan kediaman di bandar Galati, tenggara Romania berhampiran sempadan Ukraine, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Menurut pihak berkuasa, kejadian itu turut mencetuskan kebakaran di bangunan berkenaan.

Inspektorat Am Romania bagi Situasi Kecemasan dalam hantaran di Facebook memaklumkan bahawa dron itu melanggar blok apartmen 10 tingkat dan kira-kira 70 penduduk dipindahkan.

“Pada malam antara 28 hingga 29 Mei, Persekutuan Rusia menyambung semula serangan dron ke atas sasaran awam dan infrastruktur di Ukraine, berhampiran sempadan sungai dengan Romania,” menurut Kementerian Luar negara itu.

Romania memaklumkan tentera udaranya bertindak balas selepas dron dikesan berhampiran ruang udaranya, sambil menambah pasukan kecemasan, polis dan perkhidmatan risikan dihantar ke lokasi kejadian.

Pihak berkuasa turut mengeluarkan amaran kecemasan kepada penduduk di daerah berhampiran, Tulcea dan Braila.

-- BERNAMA-ANADOLU

Must Watch Video

Advertisement