awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua ditahan berhubung kes pembakaran hutan di Greece

Bernama
Bernama
18/08/2025
23:30 MYT
Dua ditahan berhubung kes pembakaran hutan di Greece
Seorang lelaki cuba memadamkan api ketika menghampiri sebuah rumah yang sedang dilanda kebakaran hutan di Vounteni, pinggir bandar Patras, barat Greece. - Foto AP
ATHENS: Dua lelaki berusia 19 dan 27 tahun telah direman berhubung kebakaran hutan yang memusnahkan kawasan hutan, ladang, rumah serta premis perniagaan di Bandar Patras, barat Greece, lapor Xinhua yang memetik laporan media tempatan.
Kedua-dua suspek berdepan pelbagai pertuduhan membakar, termasuk menyalakan api di kawasan berhutan dan tidak berhutan.
Pihak berkuasa mendakwa mereka bersekongkol dan bertindak secara berulang kali, menurut laporan itu.
Penyiar awam Greece, ERT, melaporkan suspek berusia 19 tahun mengaku memulakan kebakaran itu dan menunjukkan kepada polis lokasi nyalaan di kawasan Vounteni berhampiran Sychaina, yang sepadan dengan hasil siasatan Unit Jenayah Arson Jabatan Bomba.
Kebakaran itu menyebabkan kerosakan besar sebelum berjaya dikawal. Pegawai mengesahkan kedua-dua suspek akan terus ditahan sementara menunggu prosiding undang-undang selanjutnya, manakala siasatan masih dijalankan.
Musim panas ini, Greece dilanda siri kebakaran hutan dahsyat yang telah memusnahkan kawasan hutan dan ladang yang luas, memaksa pemindahan penduduk serta menyebabkan kemusnahan besar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kebakaran hutan
#suspek
#reman
#menyalakan api
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan