DUA gajah liar yang berumur antara 20 dan 35 tahun ditemui mati akibat terkena renjatan pagar elektrik diletakkan pemilik dusun durian berhampiran Taman Negara Tai Rom Yen di wilayah Surat Thani, Thailand, lapor portal Thaiger.
Difahamkan kejadian itu berlaku pada 12 Oktober lalu apabila haiwan itu ditemui tidak bernyawa pada jam 11 pagi (waktu tempatan).
Pasukan doktor haiwan tempatan yang ke lokasi selepas menerima panggilan telefon telah menemui sepasang gajah jantan dan betina terbaring berhampiran jalan.
Gajah tersebut dianggarkan masing-masing seberat 3.5 dan 2.5 tan.
Penemuan itu turut membawa kepada penahanan seorang lelaki berusia 43 tahun dikenali sebagai Jaroon yang tinggal di sebuah rumah tidak jauh dari lokasi kejadian.
Menurut Jaroon yang juga pemilik kebun durian, membina pagar elektrik untuk melindungi kebunnya dari haiwan liar.
Katanya, pada sekitar jam 6 petang 11 Oktober, dia mengaktifkan pagar elektrik dan selepas beberapa jam malam itu kedengaran laungan gajah di kawasan berhampiran.
Namun, pada 6 pagi hari berikutnya, dia pergi melihat kawasan tersebut dan mendapati dua ekor gajah sedang terbaring tidak bernyawa. - Sinar Harian memetik agensi
Sinar Harian
Sat Oct 14 2023
Pasukan doktor haiwan tempatan yang ke lokasi selepas menerima panggilan telefon telah menemui sepasang gajah jantan dan betina terbaring berhampiran jalan. - Gambar/ Sinar Harian/ Agensi
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Jenazah bayi beku: KKM tunggu dapatan siasatan CKAPS, dijangka minggu depan
KKM sedang menunggu dapatan laporan siasatan CKAPS mengenai dakwaan sebuah hospital swasta menahan jenazah bayi kerana ibu bapa gagal menjelaskan bil hospital lebih awal.
Zahid tidak terima makluman tengku zafrul keluar UMNO
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
Jimat kos, majlis kahwin beramai-ramai semakin popular di Mexico
Sejumlah pasangan diraikan dalam satu majlis perkahwinan beramai ramai di Mexico City pada Jumaat.
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Gajah Asia hadiah Myanmar mati di zoo Jepun akibat virus herpes
Seekor gajah Asia yang diberikan kepada Fukuoka oleh bandar Yangon di bawah program persahabatan telah mati di sebuah zoo di bandar Jepun itu selepas dijangkiti virus herpes.
Ada kemungkinan diracun, 4 gajah mati akibat kegagalan pernafasan dan organ
Empat ekor gajah yang ditemukan mati di Kahang Timur, Kluang pada awal bulan ini dipercayai mengalami kegagalan pernafasan dan organ selain pendarahan dalaman.
100 gajah mati di Zimbabwe akibat kemarau
Sekurang-kurangnya 100 ekor gajah mati di Taman Negara Hwange di Zimbabwe akibat kemarau yang disebabkan oleh El Nino, kata kumpulan kebajikan dan pemuliharaan haiwan antarabangsa pada Isnin.
Gajah tunggal di Filipina mati di Zoo Manila
Satu-satunya gajah Filipina mati di Zoo Manila selepas berada di zoo itu selama 46 tahun.
Dua gajah mati kena renjatan elektrik di dusun durian
Dua ekor gajah liar yang berumur antara 20 dan 35 tahun ditemui mati akibat terkena renjatan pagar elektrik diletakkan pemilik dusun durian berhampiran Taman Negara Tai Rom Yen di Thailand.
Gajah ditemui mati makan pisang diperam karbida
Hasil siasatan mendapati gajah itu makan pisang yang dibeli di pasar dan dicampur dengan gas etilena atau karbida.
Seekor gajah betina ditemukan mati di Padang Terap
Pengarah Perhilitan Kedah Jamalun Nasir Ibrahim berkata pihaknya belum mempunyai maklumat terperinci mengenai punca kematian gajah itu.
Gajah liar mati sebelum dipindahkan
Pengarah Perhilitan Terengganu Loo Kean Seong berkata, pihaknya mendapati gajah berusia lingkungan 15 tahun itu mati kira-kira 2.30 petang.
Gajah mati ketika lahir anak secara songsang
Seekor gajah betina mati ketika melahirkan anak secara songsang di Ladang Mados, Lenggor, dekat Mersing, semalam.
Kejadian gajah mati tidak sepatutnya berulang - Mohd Shafie
Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyifatkan kejadian gajah ditemukan mati di negeri ini tidak sepatutnya berulang dan ia harus ditangani dengan pendekatan yang sesuai.