awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua juruterbang maut selepas pesawat bertembung di selatan Kanada

Bernama
Bernama
09/07/2025
04:35 MYT
Dua juruterbang maut selepas pesawat bertembung di selatan Kanada
Menurut polis, kejadian berlaku semasa sesi latihan yang dijalankan oleh sebuah sekolah latihan juruterbang. - Foto Royal Canadian Mounted Police
OTTAWA: Dua juruterbang maut selepas pesawat ringan yang dikendalikan mereka bertembung di udara pada pagi Selasa di selatan Kanada, lapor Xinhua.
Nahas berlaku di kawasan luar bandar Hanover, yang terletak di selatan Winnipeg, ibu negeri wilayah Manitoba, menurut laporan media tempatan yang memetik kenyataan polis
Kedua-dua juruterbang disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan tiada penumpang berada dalam pesawat terbabit, menurut polis.
Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kanada telah dimaklumkan mengenai insiden itu dan serpihan dua pesawat berkenaan telah ditemukan.
Media tempatan melaporkan kejadian berlaku semasa sesi latihan yang dijalankan oleh sebuah sekolah latihan juruterbang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kanada
#dua juruterbang maut
#pesawat bertembung di udara
#latihan juruterbang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan