awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua kumpulan hak asasi Israel tuduh kerajaan lakukan genosid di Gaza

Agensi
Agensi
28/07/2025
23:40 MYT
Dua kumpulan hak asasi Israel tuduh kerajaan lakukan genosid di Gaza
Dua pertubuhan hak asasi manusia terkemuka di Israel menuduh kerajaan negara itu melakukan genosid terhadap penduduk Palestin di Gaza. - Gambar fail Reuters
TEL AVIV : Dua pertubuhan hak asasi manusia terkemuka di Israel tampil menuduh kerajaan negara itu melakukan genosid terhadap penduduk Palestin di Gaza - menjadikan mereka kumpulan pertama dari Israel sendiri yang membuat dakwaan sedemikian secara terbuka.
Pertubuhan B’Tselem dalam laporan khas yang diterbitkan pada Isnin berkata, hasil kajian menyeluruh terhadap dasar Israel di Semenanjung Gaza dan kesannya yang amat mengerikan, serta kenyataan pemimpin politik dan tentera Israel, membawa kepada kesimpulan yang jelas bahawa tindakan Israel bersifat genosid.
Satu lagi kumpulan, Physicians for Human Rights Israel (PHRI), turut menyokong dakwaan itu dengan menerbitkan analisis perundangan dan perubatan yang mendakwa, wujud “pemusnahan sistematik dan disengajakan terhadap sistem kesihatan di Gaza.”
Jurucakap kerajaan Israel, David Mencer, menolak laporan berkenaan dan menyifatkannya sebagai tidak berasas.
“Kita mengamalkan kebebasan bersuara di negara ini, tetapi kami menolak sekeras-kerasnya dakwaan tersebut,” katanya kepada media sambil menegaskan bahawa Israel membenarkan bantuan kemanusiaan masuk ke Gaza.
Israel terus mempertahankan tindakannya di Gaza sebagai mematuhi undang-undang antarabangsa, dan mendakwa kempen ketenteraannya susulan serangan maut oleh Hamas pada 7 Oktober 2023 adalah demi mempertahankan negara.
Namun dalam laporan setebal 79 halaman itu, B’Tselem menegaskan, keadaan di Gaza tidak boleh lagi digambarkan sebagai usaha memerangi Hamas semata-mata.
“Kenyataan bahawa ini adalah untuk memusnahkan rejim Hamas atau keupayaan ketenteraannya tidak lagi dapat membenarkan atau menjelaskan realiti yang sedang berlaku di Gaza,” menurut laporan itu. - Agensi
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#genosid di Gaza
#Israel bunuh rakyat Palestin
#B Tselem
#Physicians for Human Rights Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami