awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua lelaki bawa mayat ke pejabat pos cuba tuntut wang pencen

Astro Awani
Astro Awani
23/01/2022
00:15 MYT
Dua lelaki bawa mayat ke pejabat pos cuba tuntut wang pencen
Insiden berkenaan berlaku di pejabat pos yang terletak di Jalan Staplestown, Carlow pada Jumaat. - Foto Google Maps
CARLOW: Polis telah memulakan siasatan berhubung dakwaan dua individu telah membawa mayat seorang lelaki ke pejabat pos di Ireland bagi menerima wang pencen miliknya, lapor stesen penyiaran BBC pada Sabtu.
Laporan yang diterima mendakwa kedua-dua individu terbabit memegang mayat berkenaan ke bangunan tersebut di Daerah Carlow bagi menampakkan lelaki itu masih hidup, memetik laporan The Irish Times.
Namun kedua-dua lelaki itu melarikan diri serta meninggalkan mayat berkenaan sebaik sahaja petugas menyoal mereka.
Menurut polis Ireland (Gardai), insiden berkenaan berlaku pada Jumaat.
"Bedah siasat akan dilakukan oleh Pejabat Patologi Negeri dan hasilnya akan menentukan siasatan polis," katanya.
Media tempatan melaporkan seorang lelaki telah menghubungi pejabat pos terbabit yang terletak di Jalan Staplestown berkenaan prosedur menerima wang pencen bagi orang lain yang uzur.
Namun permintaan itu ditolak oleh seorang petugas dan menyatakan penerima pencen perlu hadir bagi menerima wang berkenaan.
Tidak lama kemudian, dua individu telah hadir bersama seorang warga emas yang dilaporkan telah rebah di pejabat pos terbabit.
Ketika ini, pihak polis sedang memastikan sama ada lelaki yang berusia dalam lingkungan 60-an itu meninggal dunia sebelum dibawa ke pejabat pos berkenaan atau sebaliknya.
Topic Berkaitan
#mayat
#pencen
#pejabat pos
#bedah siasat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan